PH hilang sokongan rakyat, DAP ‘kempen’ Islamophobia

- Advertisement -

DAP terpaksa membangunkan motivasi palsu secara adu-domba tuduhan yang dikitar semula apabila mengaitkan dasar PAS dengan ‘Afghanistan’. Tindakan terdesak melulu ini kerana tertekan oleh gelombang sokongan diterima PERIKATAN NASIONAL (PN) kali ini.

- Advertisement -

Malangnya, DAP terus memilih pendekatan kempen secara hasutan perkauman yang diapi-api dan dimomok takutkan berkenaan Islam. Terbukti, agenda Islamophobia dan menyemai kebencian serta ketakutan menjadi sebahagian modal kempen DAP.

DAP sekali gus mengesahkan betapa kelunakan mereka kepada Islam hanyalah hipokrasi dan bermuka-muka untuk menipu dan memperdaya dalam memancing undi. Hakikatnya DAP lebih condong kepada permusuhan dan perlekehan terhadap Islam dan umatnya.

Usaha DAP ini juga satu langkah memesongkan perhatian dan hambatan bagasi isu sedang dihadapkan kepada parti itu dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH). Masing-masing PKR, PAN dan MUDA turut terpalit skandal rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah laku.

Integriti dan akauntabiliti diungkapkan DAP-PH hanyalah retorik yang telah terpecah tembelangnya kepada kecerdikan dan kematangan warga rakyat. Apatah lagi isu-isu berkaitan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pernah DAP-PH cabuli.

PRU15 menyaksikan gelombang rakyat membongkar ulang segala isu terjadi semasa pemerintahan 22 bulan Kerajaan PH dahulu. Ianya penuh sarat bebanan kerisauan terhadap gugatan dan ancaman terutama agenda Komunis dan kumpulan pengganas, serta hubungan bersama ejen perisikan asing.

Kini balasan hukuman itu akan DAP-PH terima menerusi keputusan yang akan diterjemahkan oleh rakyat Malaysia pada 19 November ini. Malaysia hanya perlukan Prihatin, Bersih dan Stabil untuk terus melangkah lebih gagah dan kuat dengan rakyat majmuknya bersatu padu.

“Malaysia Sejahtera”

“Prihatin, Bersih dan Stabil (PN BEST)”

IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 14/11/2022