Cabaran ada di mana-mana, tidak kira lawan Khairy

Mohd Ghazali menerima memorandum daripada persatuan penduduk berhubung masalah yang mereka hadapi.
- Advertisement -

CALON PERIKATAN NASIONAL bagi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), MOHD GHAZALI MD HAMIN berpandangan cabaran ada di mana tanpa mengira siapa lawan dalam pilihan raya. Beliau yang berdepan dengan Khairy Jamaluddin berkata, apa yang penting kepada rakyat ialah tawaran kepada mereka. Justeru, beliau cuba meyakinkan kepada para pengundi bahawa PERIKATAN NASIONAL menampilkan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Mohd Ghazali berkongsi pandangan itu bersama Pengarang Harakahdaily, AZMI YUSOF ketika ditemui pada program bersama para petugas PERIKATAN NASIONAL dan masyarakat di Seksyen 4 Kota Damansara, malam semalam.

- Advertisement -

HARAKAHDAILY: Sehingga sekarang sudah seminggu selepas penamaan calon, bagaimana saudara melihat gerak kerja jentera PERIKATAN NASIONAL di kawasan Parlimen Sungai Buloh?

MOHD GHAZALI: Gerak kerja jentera pada peringkat awal memang nampak kekok sikit penyusunannya, kurang tersusun. Berlaku dalam satu dua hari sahaja. Selepas itu, alhamdulillah sekarang ini jentera sudah naik bilangan pun saya tengok sudah OK. Kita pergi ke Matang Pagar, Saujana, Sungai Pelong, Kampung Melayu Subang, juga Kota Damansara terutama tempat (cawangan) saya seksyen 7, sebenarnya masyarakat sekeliling, bukan ahli PAS pun telah turun membantu kita dalam kerja-kerja fizikal ini.

Jadi kerja-kerja taktikal ini terpaksa kita buat sendiri, kerja fizikal pasang bendera, poster, semua sudah tidak perlu suruh, mereka pasang. Jadi kerja-kerja taktikal jumpa pengundi tiap-tiap pengundi yakni ahli-ahli pas yang kena buat.

Dari segi kempen, adakah saudara telah hampir menyeluruh bergerak di kawasan Parlimen Sungai Buloh?

Kedua-dua DUN, Paya Jaras dan Kota Damansara, UPU-UPU memang kita sudah bergerak terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan ramai orang, pasar malam, restoran, gerai, memang almost kita sudah masuk dan sambutan amat menggalakkan.

Di sini kalau nak kira PRU14 majoriti dulu adalah besar dan kita lihat calon yang ditampilkan salah seorangnya ialah menteri, Khairy Jamaluddin. Jadi adakah ini satu cabaran yang besar buat saudara dalam menghadapi PRU kali ini?

Cabaran di mana-mana pun ada. Tidak kira siapa lawan, memang ada. Memanglah berlaku cabaran kerana calon menteri ini sudah popular. Dia tidak perlu lagi memperkenalkan. Semua orang sudah kenal tetapi apa yang penting adalah apa yang kita tawarkan kepada rakyat dan apa yang dia tawarkan kepada rakyat. Dan yang penting juga kemenangan Islam ini mungkin bukan kerana kekuatan kita, kemenangan Islam ini mungkin daripada kelemahan musuh.

Kita tengoklah satu dua hari ini nampak macam ada friction antara pimpinan mereka di peringkat pusat dengan diri calon itu sendiri di P.107 ini. Semoga dengan itu rakyat dapat melihat the true colour parti lawan kita.

Mungkin ada usaha lagi untuk melonjakkan sokongan para pengundi kepada PERIKATAN NASIONAL dalam tempoh seminggu lagi berkempen?

Strategi kami dalam tempoh kempen yang akan berakhir ini, kita akan berjumpa seramai mungkin persatuan-persatuan penduduk, NGO-NGO di Sungai Buloh ini. Macam tadi pun di Saujana, kita jumpa satu persatuan penduduk itu, MMP dia ada 30 persatuan penduduk dan kita sudah berjumpa dengan persatuan-persatuan mereka. Dan kita telah berbincang, apa keperluan mereka, mereka telah hantar memorandum dan sebenarnya memorandum itu dia kata dia hantar kepada semua calon. Jadi siapa sahaja yang akan menang insya-Allah dia akan dapatlah. Tapi kita cuba meyakinkan kepada mereka PERIKATAN NASIONAL menampilkan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.

Difahamkan saudara banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan penduduk dalam Parlimen Sungai Buloh, jadi adakah ini satu advantage kepada saudara sebagai calon pada kali ini?

Nak kata advantage itu tidak juga. Kemungkinan ada kelebihan tetapi memudahkan saya untuk bergerak di P.107 ini kerana sebelum ini kita bergerak juga di dalam NGO Dapur Rakyat yang mendekati penduduk-penduduk Kota Damansara dan juga Paya Jaras mengenai isu-isu kemiskinan.

Profile saya dengan pengalaman kerja saya sebagai di dalam bidang pembinaan ini, semoga dapat membantu. Pasal kebanyakan permintaan-permintaan daripada penduduk pun kebanyakannya berkenaan dengan infrastruktur, jalan sesak, sekolah tidak cukup, itu bidang saya. Di samping dengan permohonan-permohonan macam gerai. Kalau di Saujana penduduk ada 37 taman, terlalu banyak gerai mendatangkan isu kesesakan lalu lintas, isu keselamatan, kesihatan.

Jadi, insya-Allah dengan pengalaman yang saya ada ini di dalam parti PAS dan juga pengalaman peribadi saya bekerja insya-Allah akan boleh membantu sekiranya saya menang dalam PRU15.

Apa pesanan atau seruan saudara kepada jentera pilihan raya dalam tempoh seminggu ini dan juga kepada para pengundi yang akan keluar pada 19 November nanti.

Kepada jentera pilihan raya terutama yang berada di pondok-pondok panas ini, yang pasang bendera, poster jangan berasa rendah, hilang semangat jika dibandingkan. Tapi sebenarnya survey bendera yang kita buat tidak banyak kesannya. Yang kita tekankan jumpa seramai mungkin pengundi-pengundi dan juga sekarang ini kita push melalui media sosial.

Kepada pengundi, supaya dapat membuat pilihan yang terbaik untuk lima tahun akan datang ini dan juga seterusnya. Dan saya menawarkan khidmat bakti kepada tuan puan dengan jiwa raga saya untuk bersama pengundi-pengundi sekiranya kami diberi mandat, diberi peluang untuk menjadi ahli parlimen P.107. Dan mungkin ada pihak sana mengatakan kalau dia diberi mandat sebagai ahli parlimen di Sungai Buloh P107 dia akan take care PAS. Tetapi bagi saya, saya akan take care semua Umno-BN, PKR, Pakatan Harapan, PAN, DAP malah penduduk-penduduk Indonesia, Bangladesh juga itu tanggungjawab kita.

Kalau tidak ada warga Indonesia construction tidak boleh jalan, begitu juga Bangladesh. Jadi we have to take care all penduduk, rakyat Malaysia sama-sama berbakti untuk membangunkan negara kita Malaysia yang tercinta ini. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

- Advertisement -