Referandum rakyat tolak DAP di Pulau Pinang

Jadikan PRU15 langkah sekat rancangan muslihat Koridor Harapan

- Advertisement -

PULAU Pinang memerlukan isyarat penting diberikan kepada pemerintah yang sedang berkuasa di negeri itu. Dominasi kerajaan pimpinan DAP mesti diruntuhkan setelah tiga penggal diberi mandat. Ternyata, perubahan dibawa ke negeri itu hanya untuk kepentingan sekelompok dan para kapitalis.

- Advertisement -

Kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat Pulau Pinang semakin hari bertambah menyedihkan serta terpinggir dari arus pembangunan rakus. Tiada lagi kemesraan mahupun kebajikan sewajarnya disemaikan DAP, sebaliknya rakyat sendiri dianaktiri, tetapi pihak berkepentingan dilayan ditatang.

Telah ramai rakyat penduduk jati Pulau Pinang yang terusir secara licik oleh dasar-dasar dilaksanakan DAP di negeri tersebut. Tindakan DAP itu tidak ubah seperti induknya PAP Singapura di mana dilihat kini Pulau Pinang cuba dijadikan Singapura kedua di Tanah Melayu berdaulat ini.

Bukan hanya Melayu, malah kaum Cina dan India terutama dalam kalangan kategori miskin tidak lagi mampu untuk hidup di negeri tersebut terutama di bahagian pulau. Perpindahan keluar secara terpaksa daripada pulau merupakan satu bentuk pengusiran politik yang didalangi DAP dan kroni-kroninya.

Tanah-tanah ‘dijajah’ dengan harga cukup mahal selain menawarkan pembelian dari pemilik yang miskin, terdesak dan tergiur dengan wang. Tidak memadai dengan kemajuan yang ada, pelbagai pembinaan super mega juga giat dibangunkan di seluruh Pulau Pinang menghimpit rakyat sendiri.

Kemewahan yang dicipta rupanya untuk dinikmati oleh pihak lain, selain satu taktik geostrategik dan geopolitik ke arah penguasaan penuh wilayah-wilayah sasaran. Ia untuk memenuhi hasrat DAP mewujudkan Koridor Harapan yang mencantumkan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kerakusan menghambat keluar ini termasuk dengan membiarkan atau menyisihkan daerah-daerah kependudukan Melayu-Islam yang masih berbaki di Balik Pulau, Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Manakala di kawasan-kawasan campuran digunakan proksi dari parti kawan untuk memegang teraju di situ.

Akibatnya bukan sahaja boleh dilihat pembangunan yang tidak seimbang dan adil, malah pelbagai masalah wujud tidak ditangani dan keperluan sewajarnya tidak disediakan. Misalnya infrastruktur dan kemudahan prasarana asas tidak diagih dengan peruntukan sepatutnya.

Paling dikesal, impak buruk menimpa penduduk di kawasan berkenaan diabaikan seperti kekurangan hasil perikanan oleh kerosakan alam dari projek dijalankan; tertimpanya banjir kilat yang merosakkan harta benda dan kemusnahan; juga pencemaran oleh penternakan babi merosakkan kawasan pertanian.

Pihak yang mengalami kerugian dan terpaksa menanggung beban adalah penduduk tempatan terutama Melayu-Islam, selain Cina dan India miskin. Sedangkan tiada tindakan diambil terhadap pemaju atau pengusaha komersial yang menyebabkan terjadinya akibat berkenaan.

Wakil rakyat kroni dan proksi, serta Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lantikan mereka pula hanya menjadi benteng kepada pemerintah DAP. Sedangkan sebagai rakyat dan penduduk yang membayar cukai, hak dan perkhidmatan kerajaan tidak patut berdasarkan kepentingan politik dan perkauman.

Tetapi itulah DAP! Mereka sedang mengsasarkan peluasan penguasaan tanah dan politik dengan memenangi pilihan raya di kawasan-kawasan Melayu. Tidak cukup dengan kroni parti kawan dari PKR dan PAN, mereka menaja sendiri calon Melayu sebagai muslihat memperdayakan bagi mendapat sokongan.

Mereka sudahpun menguasai wilayah besar di sebelah pulau dan Seberang Perai (SP) Selatan serta sebahagian SP Tengah. Kini mereka mahu menguasai SP Utara yang terdapatnya Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Jika berjaya, mereka akan memecahkan pula kependudukan Melayu-Islam di Perak Utara.

Untuk itu PRU15 inilah masa perubahan! Walaupun melibatkan pertandingan di peringkat Parlimen, ia penting menjadi signal menyekat agenda-agenda DAP. Jadikan undi anda sebagai satu referandum awal untuk menggerakkan pula usaha menolak DAP di peringkat DUN pada PRN tahun hadapan.

Menangkan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) daripada PAS, BERSATU dan GERAKAN yang bertanding pada kali ini. Hantar mereka ke Parlimen Malaysia untuk membawa gelombang rakyat menidakkan kelangsungan kuasa DAP di mana-manapun mereka berada, khususnya di Pulau Pinang.

Calon-calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Pulau Pinang ialah:

  • P.041 Kepala Batas: Dr Ustazah Mastura (PAS)
  • P.042 Tasek Gelugor: Datuk Wan Saiful Wan Jan (BERSATU)
  • P.043 Bagan: Alan Oh (BERSATU)
  • P.044 Permatang Pauh: Ustaz Fawwaz Md Jan (PAS)
  • P.045 Bukit Mertajam: Steven Koh (PAS)
  • P.046 Batu Kawan: Wong Chia Zhen (GERAKAN)
  • P.047 Nibong Tebal: Dato’ Mansor Othman (BERSATU)
  • P.048 Bukit Bendera: Hng Chee Wey (GERAKAN)
  • P.049 Tanjong: Ah Leng (GERAKAN)
  • P.050 Jelutong: Baljit Singh (GERAKAN)
  • P.051 Bukit Gelugor: P Thinagaranabhan (BERSATU)
  • P.052 Bayan Baru: Oh Tong Keong (GERAKAN)
  • P.053 Balik Pulau: Harris Idaham Rashid (BERSATU)

IZWAN ABDUL HALIM
[email protected]HARAKAHDAILY 13/11/2022

- Advertisement -