Bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah meninggal dunia

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS Kedah merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke rahmatullah mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Ismail Kamis.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, Allahyarham antara tokoh yang banyak berjasa terhadap perjuangan memartabatkan Islam di negeri itu.

“Sehingga akhir hayatnya arwah masih memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Muasasah Darul Ulum serta Imam Masjid Nurul Iman,” katanya pada pautan di laman sosialnya hari ini.

Allahyarham Ismail juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU10).

Arwah banyak memberi khidmat dan sumbangan terhadap rakyat di DUN terbabit. Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Padang Petani.

Ahmad juga berkata, PAS Kedah amat merasai kehilangan Syeikh Ismail dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat serta diampunkan segala dosa. – HARAKAHDAILY 13/11/2022

- Advertisement -