Kes Covid-19 di China bertambah susulan penutupan Shanghai

Seorang pekerja yang berpakaian set pelindung diri (PPE) berjalan di jalan raya di samping seorang awam di Shanghai, China pada 10 Nov 2022. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

BEIJING: Pihak berkuasa China meningkatkan sekatan Covid-19 dan sekatan lain untuk menghentikan kluster virus berkenaan  itu daripada merebak secara berterusan.

- Advertisement -

Beijing dan Shanghai telah mencatatkan rekod kes harian melonjak ke tahap tertinggi sejak penutupan Shanghai pada tahun ini. 

China melaporkan pada hari ini (11 Nov) sebanyak 10,535 kes baharu tempatan direkodkan bagi 10 Nov.

Kes yang direkodkan ini tertinggi dicatat sejak 29 Apr, ketika hab komersial negara itu iaitu Shanghai, sedang memerangi wabak Covid-19 yang paling serius.

Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping berkata, lonjakan kes di seluruh negara dikatakan masih kecil mengikut piawaian global.

Namun begitu, Jinping menegaskan bagi negara yang mempunyai penduduk sehingga mencecah 1.4 bilion, senario itu telah mendorong kepimpinan tertinggi China untuk mengaktifkan semula strategi toleransi sifar terhadap virus itu.

Prinsip yang dipegang oleh beliau ketika itu adalah menyelamatkan  bagi nyawa [penduduk, terutamanya dalam kalangan warga emas China.

Bandar selatan Guangzhou, merupakan pusat semasa untuk memerangi Covid-19 yang  masih serius melanda China ketika ini. 

Pusat itu turut melaporkan 2,824 kes tempatan baharu pada 10 Nov, iaitu hari keempat yang mana jangkitan baharu melebihi 2,000 kes.

Sehubungan itu, daerah Haizu pula telah diisytiharkan dikenakan  sekatan ketat  pada hari ini sehingga hari Ahad  (14 Nov) nanti, memandangkan daerah itu mempunyai jumlah penduduk yang terlalu padat, dengan potensi sekatan akan diperluaskan lagi. 

Dalam satu kenyataan, kerajaan daerah berkenaan telah menyatakan bahawa semua penduduk dikehendaki tinggal di dalam kediaman masing-masing.

Hanya seorang sahaja dalam setiap isi rumah dibenarkan keluar membeli keperluan harian mengikut jadual yang dikeluarkan secara berperingkat.

Semua transit awam di daerah ini dengan 1.8 juta orang itu juga digantung, dan ujian PCR mandatori akan diberikan kepada setiap isi rumah dan setiap individu. 

China juga ketika ini tidak akan melonggarkan langkah Covid-19 tetapi akan terus memperbaikinya mengikut situasi wabak yang berubah dan mutasi virus itu.

Bandar utama lain seperti Beijing, Zhengzhou dan Chongqing telah mengetatkan lagi langkah pada minggu ini apabila kes harian telah mencapai ke tahap tertinggi sepanjang masa.

Zhengzhou, yang merupakan ibu kota bagi wilayah Henan tengah, melaporkan 2,988 kes tempatan baharu, iaitu lebih dua kali ganda daripada hari sebelumnya.

Di metropolis barat daya Chongqing, kes tempatan kekal dalam tiga digit sepanjang minggu, dengan peningkatan baharu sebanyak 783 jangkitan pada 10 Nov.

Wabak Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan kilang pemasangan iPhone tempatan, pembekal Apple Foxconn menjadi huru-hara dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – HARAKAHDAILY 11/11/2022

- Advertisement -