Tawaran PERIKATAN NASIONAL untuk wanita

Muhyiddin di sisi isteri beliau, Noorainee.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Manifesto PERIKATAN NASIONAL yang telah menawarkan sebanyak 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran menerusi manifestonya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang langsung tidak meminggirkan golongan wanita.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara yang dianggap penting oleh mereka; dan sebanyak 14 elemen khusus untuk wanita telah disenaraikan.

“Jujur saya katakan, antara sumber kekuatan saya adalah isteri saya (Puan Sri Norainee Abdul Rahman). Bagi saya, sehebat mana pun seorang lelaki itu, tetap akan ada saat dia memerlukan kasih sayang seorang isteri yang sentiasa berada di sisi.

“Episod jatuh bangun saya dalam politik dan kepayahan berjuang melawan kanser mengajar saya erti kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita istimewa bergelar isteri. 

“Apabila saya memikirkan berkenaan tawaran kerajaan PERIKATAN NASIONAL semestinya golongan wanita tidak sekali kami kesampingkan,” ujar beliau melalui perkongsian di ruangan Facebook miliknya. 

Oleh itu, beliau telah menyenaraikan 14 elemen penting yang akan diberikan khusus kepada golongan wanita.

Pertama, pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang dengan mengembangkan DanaNita – wanita bangkit berniaga bagi membantu usahanita baharu;

Kedua, 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan utama bagi sektor awam dan swasta menjelang tahun 2025 dengan melaksanakan sistem intervensi agresif;

Ketiga, pelepasan cukai tambahan RM1,000 bagi semua wanita yang bekerja;

Keempat, Skim Perlindungan Surirumah RM800 dengan caruman surirumah sebanyak RM100;

Kelima, penglibatan wanita dalam industri berteknologi tinggi dan industri masa hadapan dipergiat;

Keenam, sistem sokongan wanita bekerja dan kembali bekerja termasuk peruntukan khas penjagaan ibu bapa, dan kemudahan taska di tempat kerja;

Ketujuh, peluang penyertaan wanita dalam latihan kemahiran baharu dan profesionalisme bagi mengupayakan mereka untuk mengisi jawatan penyelia di sektor swasta dan memulakan perniagaan;

Seterusnya, cuti paterniti ditingkatkan bilangannya;

Kad Kasih Ibu diperkenalkan di peringkat nasional bagi memudahkan pembelian barangan keperluan asas.

Kesepuluh, pek permulaan penjagaan ibu dan anak disediakan untuk kelahiran anka pertama.

Kesebelas, kewarganegaraan anak yang dilahirkan ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara dengan cara memuktamadkan segera kajian pindaan perkara 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan.

Pelaksanaan akta anti gangguan seksual dengan menguatkuasa dan mempercepatkan pelaksanaan dan penggubalan rang undang-undang Anti Stalking. 

Seterusnya, penguatkuasaan perintah hiwalah (pemindahan hutang) dengan cara meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negeri bagi menyelesaikan kes hak wanita dan anak-anak seperti perceraian, ditinggal gantung tanpa tali dan nafkah anak-anak di mahkamah syariah dan sivil. 

Akhir sekali, pekerjaan secara fleksibel mengikut waktu dan lokasi yang bersesuaian dengan cara menggalakan majikan membenarkannya bagi menepati takrif kerja penuh 45 jam seminggu dalam usaha meningkatkan penyertaan wanita dan belia sebagai tenaga kerja. –HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -