Mengundi berkait pahala, dosa dan catatan amal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kewajipan mengundi hendaklah diambil secara serius.

- Advertisement -

Ini, ujarnya kerana perkara itu bukan sahaja melibatkan soal masa depan kepimpinan negara, bahkan turut berkaitan dengan soal pahala dan dosa serta catatan amal.

Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

“Alhamdulillah, petang semalam, saya berkesempatan bertemu mata bersama rakyat Kelantan di Parlimen Ketereh, bersama calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Ketereh, Mejar Jen (B) Datuk Khlir Mohd Nor,” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan kepada semua agar sentiasa bergerak kerja secara berpasukan.

Menurutnya, ini kerana calon yang akan terpilih sebagai Ahli Parlimen nanti tidak akan mampu bekerja secara berseorangan, sebaliknya memerlukan sebuah pasukan yang saling mendukung untuk mentadbir dengan pelbagai kepakaran.

“Mudah-mudahan, setiap amalan kita dinilai sebagai ibadat di sisi Allah SWT dan menjadi asbab kepada kemenangan Islam. Siiru ‘ala barakatillah,” katanya yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Pada PRU15 ini, Khlir berdepan dengan tiga calon lain iaitu Rahimi L Muhamud (PH), Marzuani Ardila Ariffin (BN) dan Hanif Ibrahim (PUTRA). – HARAKAHDAILY 7/11/2022

- Advertisement -