TG Abdul Hadi dicabar tiga calon di Marang

- Advertisement -

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dicabar tiga calon lain di Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Mereka terdiri daripada Jasmira Othman daripada Barisan Nasional (BN), Dr Zarawi Sulong (Parti Pejuang Tanahair) dan Ustaz Azhar (Pakatan Harapan).

Calon-calon yang layak bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Marang, Lizan Che Mat di Pusat Penamaan Calon Parlimen Marang PRU15 di Pejabat Tanah dan Daerah Marang, di sini.

Tuan Guru Abdul Hadi adalah penyandang kerusi Parlimen Marang yang dimenangi pada PRU14 lalu dengan majoriti 21,954 undi.

Beliau memperolehi 53,749 undi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot (31,795) dan Zarawi Sulong PKR – 5,138 undi).

Parlimen Marang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Rhu Rendang, Bukit Payung, Alor Limbat dan Pengkalan Berangan yang dimenangi semua calon PAS pada PRU lalu.

Menurut statik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi di Parlimen Marang pada PRU15 ialah 131,756 orang di mana pengundi biasa seramai 131,001 orang, pengundi awal (743) dan pengundi tidak hadir luar negara (12). – HARAKAHDAILY 5/11/2022

- Advertisement -