Pertandingan lima penjuru di Port Dickson

- Advertisement -

PORT DICKSON: Kerusi Parlimen P132, Port Dickson menyaksikan pertandingan lima penjuru selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen ini mengumumkan senarai calon yang layak bertanding sebentar tadi.

- Advertisement -

Sejumlah lima kertas borang pecalonan bagi kerusi P132, Parlimen Port Dickson telah diterima.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan calon PH, Dato’ Seri Aminudin Harun telah menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, Calon PERIKATAN NASIONAL, Rafie Mustapha pada jam, 9.05 pagi, Dato’ P.Kamalanadahan (BN) pada jam 9.09, sementara Abdul Rani Kulop Abdullah (Bebas) pada jam 9.12 dan pengarah filem terkenal,  Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri (GTA) pada jam 9.15

Setelah selesai disemak katanya, tiada calon yang ditolak kertas penamaannya.

Proses penamaan calon dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson pagi ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan.

Untuk itu, semua calon layak bertanding. – HARAKAHDAILY 5/11/2022