Guna hak undi untuk pilih pemimpin yang baik, amanah

- Advertisement -

SUNGAI BESAR: Para pengundi dinasihatkan agar tidak hanya menggunakan hak sebagai pemilih untuk mengundi begitu sahaja, tetapi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan memilih pemimpin dan kerajaan yang baik dan amanah.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru demikian ketika berucap sempena program Jelajah Prihatin Sungai Besar yang dilangsungkan di Dataran Desa Permai, Parit 8 Gambut Sungai Panjang, di sini malam tadi.

“Kita hendak membentuk sebuah kerajaan yang baik, beramanah, bertanggungjawab, prihatin tentang nasib rakyat, yang tahu denyut dan nadi rakyat dan meneruskan kerja-kerja pemerintahan PN ketika saya menjadi Perdana Menteri,” ujar beliau.

Program ini merupakan siri jelajah beliau ke seluruh negara bagi menyampaikan maklumat kejayaan Kerajaan PN ketika memimpin negara sebelum ini dan dalam rangka mengeratkan lagi silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Antara pimpinan yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh dan Ketua Perhubungan PN Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya serta Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Mohd Fadzin Taslimin.

Juga Pemangku Ketua BERSATU Sungai Besar, Ashyraf Basri dan wakil GERAKAN Sungai Besar, Tan Lai Huat serta Ahli-ahli Jawatankuasa komponen PERIKATAN NASIONAL Sungai Besar. – HARAKAHDAILY 4/11/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!