Sejauh mana kebenaran pendedahan kerjasama Anwar–Zahid?

- Advertisement -

BEBERAPA sumber telah mendakwa bahawa wujud satu kerjasama sulit yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut laporan, kerjasama antara PH dan BN itu bersetuju untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. 

- Advertisement -

Sumber tersebut mendakwa lagi, bagi memperkukuhkan kedudukan, mereka bersepakat akan meletakkan ‘calon lemah’ di kawasan yang ditandingi masing-masing. BN menjanjikan akan meletakkan calon yang lemah di Tambun supaya Anwar Ibrahim daripada PH akan menang mudah di kawasan tersebut dan begitu juga di kawasan Zahid Hamidi.

“Saya individu pertama yang akan menentang pakatan Anwar-Zahid.” Itu adalah reaksi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR. Menurutnya, sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan, beliau tidak berminat untuk mengadakan kerjasama dengan GTA, BN mahupun PN tetapi memilih antara GRS atau GPS yang mewakili Sabah dan Sarawak.

Sumber lain pula menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada desas-desus pakatan Anwar-Zahid tersebut. Antara sebabnya adalah mana mungkin akar umbi Umno akan menerima kerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP. Begitu juga DAP dan akar umbi PKR tidak mungkin menerima Umno sebagai rakan kerjasama. 

Sejauh mana kebenaran desas-desus pakatan tersebut masih menjadi tanda tanya. Namun, para penganalisis politik menjangkakan tiada satu pun gabungan parti sama ada BN, PH, PN mahupun GTA akan beroleh majoriti mudah secara bersendirian untuk membentuk sebuah kerajaan melainkan ada kerjasama antara gabungan-gabungan parti ini.  

Andainya kerjasama PH-BN ini benar-benar berlaku, ia dilihat sebagai ‘a win-win situation’ bagi menerajui Kerajaan Malaysia. Namun, adakah gabungan antara dua seteru ini stabil dan mampu bertahan? Bagaimana pula dengan impak dan manfaatnya terhadap rakyat Malaysia?

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 3/11/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid0KR7n2L1TjzQBc8AmvB3kS3iWx6FvUGCJoQA8gmwFVouXMKzyWTMgbmauZNMFLcrLl/?sfnsn=mo 

Rujukan:

1) https://www.malaysia-today.net/2022/10/31/pru15-laporan-perisik-terkini/ 

2) https://www.thethirdforce.net/pendedahan-maklumat-kerjasama-anwar-zahid-sebab-sebenar-pas-tolak-umno-berserta-video/ 

3) https://malaysiadateline.com/jangan-percaya-pakatan-sulit-anwar-zahid-hamidi-tidak-mungkin-berlaku/ 

4) https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/01/saya-individu-pertama-tentang-jika-wujud-pakatan-anwar-zahid-kata-rafizi/ 

5) https://www.astroawani.com/berita-politik/lapor-langsung-anwar-nafi-terbabit-dalam-audio-tular-perbualan-bersama-zahid-292098 

6) https://www.thesundaily.my/local/no-likely-clear-winner-in-ge15-MB9982583 

7) https://themalaysianreserve.com/2022/10/26/ge15-four-possible-plausible-scenarios/ 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -