Pakej pemimpin yang dicari pengundi

- Advertisement -

SEJAK beberapa hari lepas, gabungan-gabungan parti politik telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU15. 

- Advertisement -

Berdasarkan statistik, daripada jumlah 21.1 juta pengundi, 1.4 juta  pengundi pertama kali. 

Pilihan raya pada kali ini agak unik kerana empat gabungan parti-parti politik yang akan bertanding iaitu BN, PH, PN dan GTA. 

Para pengundi yang telah cenderung untuk memilih gabungan-gabungan tertentu mungkin tiada masalah untuk memangkah kertas undi nanti. 

Ada yang mungkin tidak mahu mengundi berdasarkan parti atau gabungan, tetapi lebih memfokuskan kepada calon. 

Namun, ada di kalangan pengundi yang masih belum membuat keputusan dan keliru.  

Mungkin ini dapat membantu anda.

Berdasarkan Kajian QgenAnalysts (QGA) secara lapangan di tiga kawasan berbeza pada hujung tahun 2020, tiga kriteria pemimpin yang menjadi pilihan utama para pengundi ialah: Mesra rakyat, Berintegriti dan Berwibawa. 

Tiga kriteria ini secara umumnya menjadi pilihan semua kaum dan tidak mengira umur. 

Kaum Melayu juga meletakkan beragama sebagai salah satu ciri yang dicari dalam seorang pemimpin. 

Kajian yang hampir sama telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan dapatannya konsisten seperti pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2022, QGA telah menjalankan kajian persepsi ke atas anak muda di 4 kawasan berbeza. 

Secara umumnya dalam membuat pilihan pemimpin, anak muda mengutamakan imej calon, kemudiannya baru imej parti. 

Bagi anak muda, seorang pemimpin perlulah ikhlas, berani menjuarai isu rakyat dan mesra rakyat. 

Imej parti yang dicari oleh anak muda ialah yang sebuah parti yang mengutamakan soal integriti iaitu sebuah parti yang telus, amanah dan berakauntabiliti. 

Selain itu, parti tersebut juga dilihat berusaha memelihara kedaulatan negara dan menyelesaikan isu rasuah.

Senarai calon telah dikeluarkan,
Tanggungjawab mengundi jangan diabaikan,
Bijaklah pengundi membuat pilihan,
Demi kelangsungan hidup masa hadapan.

Selamat menilai calon dan gabungan!

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 3/11/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02FCV958W8kyLxDdjj6eMW5xskjTeV92XRV5bNyRoDnUyRdHWB97c3yqFW5WwsrcYal&id=100042985766158&sfnsn=mo 

Rujukan:

1. https://qgenanalysts.org/category/publications/ 

2. https://www.facebook.com/photo?fbid=3235516273403899&set=pcb.3235517326737127

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -