Twitter bakal kenakan caj RM95 sebulan

- Advertisement -

NEW YORK: Twitter bercadang mengenakan bayaran kepada pengguna akaun sah Twitter sebanyak AS$20 (RM94.45) sebulan atau RM1,133 setahun.

- Advertisement -

Pemilik Twitter, Elon Musk kini sedang mempertimbangkan langkah tersebut dalam usahanya bagi menyediakan baik pulih platform media sosial berkenaan, lapor The Guardian.

Menurut surat berita teknologi Platformer pada Isnin (31 Okt), Ketua Eksekutif Tesla itu merancang perubahan kepada perkhidmatan langganan Biru Twitter berkenaan, termasuk menaikkan yuran sebanyak AS$4.99 (RM23.6) sebulan kepada AS$19.99 (RM94.4). 

Pengguna yang disahkan oleh platform berkenaan membawa tanda biru menandakan mereka sebagai sumber yang sahih diberikan tempoh masa 90 hari untuk mendaftar atau kehilangan tanda semak mereka.

Musk tidak mengulas secara langsung mengenai perkara itu tetapi menghantar tweet kepada lebih 110 juta pengikutnya bahawa ‘keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak sekarang’.

Manusia terkaya di dunia itu juga mengedarkan tinjauan pendapat Twitter yang dilancarkan pada pagi Isnin meminta pengguna Twitter memberitahu berapa banyak yang mereka akan bayar sebulan untuk tanda biru: AS$5; AS$10; AS$15; atau ‘langsung tidak akan bayar’. 

Tinjauan pendapat itu ditubuhkan oleh pelabur teknologi Jason Calacanis, sekutu Musk yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang dibawa masuk oleh multibilionair itu  untuk membantu operasi bisnes Twitter sejak pengambilalihan platform media sosial  sebanyak AS$44 billion (RM210 bilion).

Sebilangan besar responden kepada tinjauan pendapat itu mengatakan mereka tidak akan sama sekali membayar, cuma sebilangan kecil menyatakan mereka akan melakukan pembayaran. – HARAKADAILY 1/11/2022

- Advertisement -