Surat terbuka untuk ahli PAS dan penyokong PN

- Advertisement -

PILIHAN raya semakin hampir. Masa kita semakin singkat. Kita tidak punya lambakan wang seperti BN dan PH. Wang kita kebanyakannya dari keikhlasan ahli dan pimpinan. Namun kita agak selesa bergerak dengan banyak kemudahan dalam PRU15 ini.

- Advertisement -

Sekarang musim baru. Penerangan lebih mudah melalui medan maya. Dulu, TV adalah alat propaganda BN. Mereka sentiasa menang. Namun PRU14 PH menguasai media baru. Tanpa dijangka BN tersembam melalui kempen di maya yang begitu meluas. Ketika itu muncul jenama ‘bandit’ maya PH seperti Red Army dan sebagainya. Mereka melaburkan dana yang banyak untuk media maya. Hasilnya mereka menang PRU14.

PAS sedar kepentingan media namun kurang memberi tumpuan kepada media. Tanpa peruntukan besar dan sokongan dana luar atau tauke judi dan tauke babi, PAS bergerak dengan dana dan inisiatif sendiri. Jentera PAS tidak mampu menyaingi jentera PH di medan maya.

Kini PAS masih belum miliki kuasa dominasi selain di tiga negeri. PAS masih tiada dana besar. PH dan BN berlumba menguasai maya. Ditambah sokongan media besar yang ada di Malaysia.

Apa PAS ada? PAS ada ahli yang komited dan ikhlas, namun tidak ambil berat soal media. Ada juga yang suka berperang di group whatapps dari medan terbuka seperti Tik Tok, Facebook, Tweeter, Instagram dan seumpamanya. Medan itu hanya perbincangan tanpa kesudahan. Rakyat dan pengundi sedikit sangat dalam group seperti itu.

Tiba masanya kekuatan ahli PAS yang ikhlas walau tidak ramai ini disatukan dan dipadukan seperti ahli Badar. Jom kita ambil peranan masing-masing dalam medan jihad yang mudah ini. 

Kita tidak punya tentera berbayar seperti mereka. Namun kita punya tentera ikhlas yang jauh lebih hebat dari mereka. Keikhlasan menjemput pertolongan Allah.

Apa perlu buat? 

01. Share seluas mungkin posting pimpinan dan bahan kempen yang banyak di maya. Dengan cara ini ia akan meluas tanpa perlu kita turun ke tanah. 

02. Komen walau dengan satu huruf. Ia akan membantu rakan kita yang lain turut dapat maklumat tersebut. Bayangkan jika kita punya 5,000 rakan, anggaplah mereka semua dapat share tersebut. Ia akan terus tersebar, jangan berhenti.

03. Like. Ini paling mudah. Namun impaknya tetap besar ia terus tersebar.

‌Ooo, memang tahu, buat tak? Soalan yang berakhir dengan jawapan kecewa. Share, like dan komen. Ia tidak percuma, ganjarannya besar, jika kita tahu. Jom bersedia.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Badan Perhubungan
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 1/11/2022

- Advertisement -