PERIKATAN NASIONAL terbukti utamakan kebajikan rakyat

Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Perikatan Nasional, di Mitec, Kuala Lumpur pada 1 Niv 2022. (FOTO: HARAKAHDAILY/MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL terbukti mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya ketika negara menghadapi pandemik Covid-19, selain berjaya mengatasi tekanan ekonomi ketika itu.

- Advertisement -

Presiden PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehubungan itu menyeru rakyat menyokong kerajaan PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan raya ke-15 (PRU15) menjelang 19 November ini.

“Kerajaan yang hendak dibentuk menerusi sokongan rakyat dan undi pastinya kerajaan yang prihatin serta dapat memikul satu tugas beban yang besar, iaitu tugas memulihkan kehidupan rakyat sepertimana dahulu. 

“Persoalannya, siapakah antara parti yang akan bertanding mampu untuk memikul amanah itu? Jawapannya berdasarkan pengalaman kita pada masa lepas, tidak lain dan tidak bukan, PERIKATAN NASIONAL,” tegasnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman Calon PERIKATAN NASIONAL, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, malam ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja berjaya membuktikan kejayaan mereka melalui perkataan semata-mata, namun melalui tindakan yang cukup berkesan. 

Beliau faham situasi pasca pandemik Covid-19 kini belum pulih sepenuhnya seperti sediakala sebelum wabak itu melanda dunia dan negara. 

“Bukan masuk bakul angkat sendiri, tetapi dibuktikan dengan tindakan cukup berkesan untuk membantu membina rakyat jelata walaupun dalam situasi yang sukar. 

“Situasi sekarang belum lagi dikatakan situasi lebih baik, maknanya pilihan raya yang kita hadapi ini adalah pilihan raya untuk menentukan masa depan negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

- Advertisement -