PAS Putatan serah sumbangan buat Muhammad Ilhan

- Advertisement -

Oleh NURUL JANNAH ABDULLAH

- Advertisement -

PUTATAN: Membuktikan kesungguhan untuk membantu Alumni Pusat Asuhan Tunas Islsm (PASTI) Putatan ke menara mading, PAS Kawasan Putatan telah berjaya mengumpulkan seterusnya menyerahkan sumbangan kepada alumni PASTI Al-Fathonah, Putatan, Muhammad Ilhan Ismail.

Ketua Penerangan PAS Putatan, Zulzaim Hilmee Abidin berkata, sumbangan itu adalah bagi membiayai keseluruhan kos pendaftaran kemasukan awal anak kelahiran Putatan itu yang diterima menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Sumbangan buat Muhammad Ilhan itu telah berjaya diserahkan kepadanya sehari sebelum dia berangkat ke Sarawak,” ujarnya.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Wakil Dewan Pemuda PAS merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Putatan, Mohd Azri Ridhwan mewakili PAS Putatan di rumah Ilhan sendiri.

“Semoga subangan ini mampu menyuntik semangat untuk terus belajar di menara gading dan mencapai cita-cita impian pada masa hadapan,” ujar Azri.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Putatan melalui perkongsian di laman Facebook turut menzahirkan ucapan tahniah dan selamat berjaya kepada Ilhan atas kejayaan menyambung pengajian di UNIMAS. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

- Advertisement -