PAS bukan parti habuan wang

Ustaz Sabri Azit
- Advertisement -

ALOR SETAR: Dakwaan kononnya orang ramai yang hadir ke markas PAS akan menerima habuan wang tunai merupakan tuduhan tidak berasas sama sekali. 

- Advertisement -

Bekas ahli parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit berkata, PAS bukan seperti parti lain yang bekerja hanya apabila mendapat habuan (wang). 

“Ahli PAS ditarbiah mengikut lunas akhlak Islam biarpun menempuhi ranjau dalam pilihan raya,” tegas beliau. 

Menurutnya, orang ramai yang dilihat menerima sumbangan sempena majlis pelancaran cawangan PAS, Teroi Bukit adalah mereka dari kalangan yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim. 

“Fitnah bukan amalan kita. Fitnah dalam medsos (media sosial) bukan sahaja mengundang dosa sebaliknya hidup sentiasa dalam azab kerana dibaca oleh semua lapisan rakyat.

“Orang tidak takut pahala dosa, fitnah ini ulam yang sangat enak bagi  mereka,” ujar Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan Jerai itu lagi. 

Tuduhan PAS Kawasan Jerai memberi habuan wang kepada orang ramai yang hadir ke markas PAS berkenaan dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab di media sosialnya. 

Individu berkenaan menulis kononnya sesiapa yang hadir sempena pelancaran cawangan baharu itu diberi habuan RM50 seorang.

“Individu itu juga mendakwa, habuan tersebut baru di peringkat cawangan, andainya peringkat bahagian, negeri dan pusat, tidak tahulah banyak mana pula. 

“Semoga fitnah yang dilemparkan memakan diri individu itu sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -