FIRMAN Allah S.W.T:
اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدُّوا الْاَمٰنٰتِ اِلٰٓى اَهْلِهَاۙ وَاِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ اَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْلِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهٖ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ سَمِيْعًاۢ بَصِيْرًا.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah (tunaikan kewajipan) kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat”.
(an-Nisa: 58)
Firman Allah S.W.T:
وَلَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوْا بِهَآ اِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوْا فَرِيْقًا مِّنْ اَمْوَالِ النَّاسِ بِالْاِثْمِ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ.
“Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu (rasuah) kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui”.
(al-Baqarah: 188)
Islam memerintah umatnya supaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagaimana yang sepatutnya. Berlaku adil kepada semua pihak tanpa mengira kawan atau lawan. Inilah kesucian yang dibawa oleh Islam.
Seorang pemimpin perlu berlaku adil kepada semua. Tiada pilih kasih atau kepentingan diri. Perkara ini dilakukan atas kesedaran amanah itu daripada Allah. Keadaan ini akan dapat membezakan antara politik Islam dengan politik konvensional yang berteraskan pemikiran manusia.
Pandangan sinis yang menyatakan politik adalah kotor perlu diperbetulkan kerana politik Islam yang berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah kekal suci dan bersih. Tiada penyalahgunaan kuasa, tiada rasuah, tiada korupsi dan kleptokrasi, tiada kezaliman dan kemungkaran. Ini dapat dibuktikan sepanjang tempoh pemerintahan Islam selagi pemimpin berpegang teguh dengan panduan agama.
PERIKATAN NASIONAL yang didukungi bersama PAS, BERSATU, Gerakan dan GRS membawa prinsip perjuangan prihatin rakyat, bersih dan stabil bagi memastikan hak semua pihak sentiasa terjaga. PAS telah membuktikan sifar rasuah sepanjang tempoh 32 tahun pemerintahan di Kelantan, juga yang terkini di Terengganu dan Kedah.
PERIKATAN NASIONAL menunjukkan prihatin rakyat dan berkebajikan serta bersih sepanjang tempoh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menjadi Perdana Menteri. Tiada penyalahgunaan kuasa dan campur tangan politik dalam Sistem Kehakiman Negara.
Rekod pentadbiran yang cemerlang ini seharusnya dijadikan inspirasi dan ukuran oleh pengundi untuk mengembalikan kestabilan negara pada masa akan datang.
PAS Johor menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memberikan undi dan kepercayaan kepada PERIKATAN NASIONAL bagi mentadbir negara melalui Pilihan Raya Umum PRU-15 ini.
Semoga rakyat Malaysia dibukakan pintu hati oleh Allah S.W.T untuk memilih yang terbaik ; PERIKATAN NASIONAL; BEST.
“Prihatin, Bersih dan Stabil”
ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
5 Rabi’ul Akhir 1444
31 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 31/10/2022
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!