PERIKATAN NASIONAL: PAS Perlis kemuka 3 calon wanita

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
KANGAR:
PAS Perlis mengemuka tiga calon wanita yang akan bertanding mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

- Advertisement -

Pesuruhjayanya, Mohd Shukri Ramli berkata, daripada tiga calon tersebut, seorang dipilih untuk diletakkan di kerusi yang sesuai.

Katanya seorang daripada tiga calon wanita terbabit telah lulus Majlis Syura Ulamak, namun belum muktamad akan diletakkan di kerusi mana.

“Mengikut perancangan calon akan diumum pada 2 November ini, tetapi ia tertakluk kepada PERIKATAN NASIONAL Pusat selepas selesai penyerahan watikah pelantikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita PN di Kompleks PAS Perlis, semalam.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi PN Negeri menaruh keyakinan gabungan parti itu berupaya untuk menawan Perlis tersebut pada PRU15.

“Insya-Allah kita bersedia untuk menang, bagaimanapun calon menteri besar tertakluk selepas keputusan PRU nanti.

“Antara sembilan calon Dewan Undangan Negeri (DUN), saya tidak boleh tentukan siapa kerana perlu dilihat keputusan PRU tersebut terlebih dahulu,” katanya yang merupakan penyandang kerusi DUN Sanglang.

Sebelum ini Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin memberi bayangan calon menteri besar Perlis akan dilantik daripada PAS sekiranya PN berjaya menawan Perlis.

Perlis mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen. – HARAKAHDAILY 28/10/2022

- Advertisement -