Parlimen Iraq luluskan kerajaan baharu diketuai Al-Sudani

Mohammad Shia Al-Sudani dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Iraq. (FOTO: Al-Monitor)
- Advertisement -

BAGHDAD: Parlimen Iraq meluluskan kerajaan baharu pada Khamis (27 Okt) dengan melantik Mohammad Shia Al-Sudani sebagai Perdana Menteri baharu.

- Advertisement -

Langkah itu dijangka menamatkan kebuntuan selama setahun di negara itu, tetapi ia bagaimanapun masih berdepan banyak cabaran, lapor Arab News.

Pelantikan Al-Sudani, 52, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Hak Asasi Manusia Iraq serta Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial bagi mengetuai kerajaan baharu itu adalah susulan undian parlimen di kabinet negara itu. 

Sehubungan itu, Ketua South Gas Co. (SGC) milik kerajaan, Hayan Abdul Ghani pula dilantik sebagai Menteri Minyak Iraq.

Sesi parlimen pada Khamis itu diadakan setahun selepas pilihan raya, yang mana ulama populis Syiah Islam, Moqtada Al-Sadr adalah pemenang terbesar tetapi gagal mengumpulkan sokongan untuk membentuk kerajaan.

Sadr menarik balik 73 ahli parlimennya pada Ogos lalu dan berkata beliau akan berhenti dari terlibat dalam kancah politik, menyebabkan keganasan terburuk di Baghdad selama bertahun-tahun apabila penyokong setianya menyerbu istana kerajaan.  – HARAKAHDAILY 28/10/2022

- Advertisement -