Komunis tidak diperlukan di Malaysia (Bahagian 3)

- Advertisement -

PADA tahun-tahun 50-70-an, Komunis masih gagah meredah hutan belantara, menyusup dalam lubang-lubang rahsia mereka, pergi ke sana sini kerana perjuangan mereka. Ini kerana, induk mereka seperti Rusia dan China masih kuat. Serangan ke atas pasukan keselamatan dan rakyat, masih berterusan. Rakyat Malaysia sudah bencikan Komunis. Tiada apa jasa mereka kepada watan ini. Lagipun, ia dikuasai oleh satu bangsa sahaja.

- Advertisement -

Apabila Rusia kalah perang dengan Afghanistan, Komunis mula melemah, terutamanya di Eropah. Sehinggalah, Eropah Timur mula melihat Komunis, bukan lagi satu ideologi yang baik. Bahkan dari mula lagi mereka dipaksa menerima Komunis, bukan dari hati mereka. Maka bercantumlah Jerman Timur dan Jerman Barat. Diruntuhkan Tembok Berlin yang mana satu ketika dahulu adalah lapangan membunuh ribuan rakyat Jerman yang mahu melarikan diri dari Jerman Timur ke Barat. Ideologi rekaan Yahudi ini, menghampiri kuburnya

Situasi ini juga terjadi di Malaysia. Komunis mulai rasa kecewa dengan usaha mereka melalui cara gerila. Perlahan-lahan, mereka menukar strategi. Kata guru sekolah saya pada sekitar awal 80-an dahulu, Komunis sekarang tidak lagi berperang dalam hutan. Mereka sudah memakai pakaian seperti kita, bergerak bersama kita, ada dalam masyarakat kita. Benar sekali. Kita duduk dengan mereka. Ideologi mereka meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan kita.

Setelah Rundingan Damai di Haadyai 1989 ditandatangani, maka Komunis secara rasminya meletakkan senjata mereka. Rashid Maidin tinggal di Selatan Thailand dan mengajar anak-anak mengaji. Beliau masih Islam dan kelihatannya tersalah memilih jalan. Walau apa sekalipun yang beliau nyatakan, memilih bersama Komunis, apatah lagi setelah negara merdeka dari British, adalah satu langkah yang salah kerana tujuan asal Rejimen 10 itu untuk menentang British.

Semua ahli Komunis diberikan peluang pengampunan oleh kerajaan ketika itu. Mana-mana yang berasal dari Malaysia, ditawarkan kerakyatan. Sehinggakan ada antara anggota tentera merasa amat sedih kerana perjuangan mereka dahulu ditamatkan dengan cara begitu. Bekas Komunis ini, boleh memulakan kehidupan baharu mereka di tanah air yang cuba mereka musnahkan dahulu, namun bekas tentera, ada juga yang terpinggir.

Strategi mereka menjadi. Perlahan-lahan mereka mengumpul tenaga dan meresapi pemikiran rakyat. Mereka kelihatannya belum insaf lagi kerana terbukti perlakuan mereka selepas itu, ada yang menjurus kepada aktiviti menghidupkan Komunis. Sewaktu PH memerintah, ia semakin jelas kelihatan. Perjumpaan bekas ahli PKM, abu mayat Chin Peng dibawa pulang, sedangkan ketika hidup, Chin Peng sendiri menolak tawaran Malaysia untuk kembali dan tinggal di Selatan Thai. Komik berkenaan Komunis yang diedarkan di sekolah-sekolah.

Perarakan kemerdekaan juga dicemari dengan penyertaan kumpulan yang pernah bertempur dengan askar Melayu di zaman PH. Mengguriskan hati perajurit kita. Benarlah kata cerdik pandai. Siapa yang menang, mereka akan menulis sejarah. Dan pastinya sejarah Malaysia, jika PH menang, akan mendakwa Komunislah pejuang sebenar bagi memerdekakan tanah air ini. 

Sedangkan seperti yang dimaklumi, mereka menentang Jepun kerana permusuhan yang turun temurun, bukan kerana patriotik kepada tanah leluhur ini. Manakala menentang British sehingga membunuh rakyat Malaysia. Sama sahaja Komunis di mana-mana, kekejaman adalah teras pemerintahan mereka. 

Lihat di China, bagaimana Uighyur diseksa, dikurung, diperlakukan dengan berbagai-bagai kejahatan, hanya kerana mereka Islam. Diperlakukan sebegitu kerana Uighyur bukan berasal dari China, kata mereka. Sedangkan mereka di sini, berasal dari tanah besar, mereka mahukan hak yang sama pula dengan kita, tuan asal tanah ini. Begitulah Komunis. Mereka mengamalkan dasar tutup pintu kepada orang luar. Dan memaksa orang luar menerima mereka apabila mereka ke sana. Little China berselerakan di seluruh dunia.

Jadi, mengapa kita, Melayu Islam, mesti memilih golongan yang berpaksikan Komunis. Mereka tiada kena mengena dengan kita, bukan saudara secara keturunan mahupun agama. Bukan juga rakan niaga kerana semua rakan niaga mereka adalah bangsa mereka. Tiada kekayaan yang mereka kongsikan dengan kita. Ekonomi dikawal mereka, yang merana kita dengan kenaikan harga barang. Kemudian dalam politik, tiba-tiba mereka mahu kita berkongsi undi dengan mereka?

Undi merekapun tidak sampai kepada kita. Kita Melayu Islam tidak sebodoh itu.

MOHD NASIR ABDULLAH
28 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 28/10/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -