Inflasi dan ringgit

- Advertisement -

PENGUASAAN sebenar terhadap isu-isu inflasi, ringgit dan kos sara hidup akan memastikan kita berpijak pada penyelesaian yang realistik.

- Advertisement -

Dorongan inflasi

Kadar inflasi bagi Ogos 2022 y-2-y Ogos 2021 adalah 4.7 peratus dengan sumbangan terbesar inflasi ketika ini adalah daripada bakul makanan dan minuman.

Inflasi hari ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Krisis Russia-Ukraine di Eropah Timur serta ekonomi China yang perlahan memberi kesan kepada rantaian bekalan (supply chain). 

Harga minyak mentah dan arang batu global juga naik mendadak dalam proses pemulihan ekonomi. 

Situasi ringgit yang menyusut nilai (depreciate) juga menyebabkan barangan import menjadi mahal. Ini juga mendorong tolakan kos yang tinggi terhadap barangan import bagi memenuhi keperluan domestik.

Faktor lain adalah permintaan domestik iaitu penggunaan swasta meningkat susulan dasar pengembangan fiskal serta saluran bantuan tunai melalui belanjawan dan pakej rangsangan ekonomi. 

Permintaan meningkat, harga barangan juga meningkat naik (demand pull). Inflasi juga berlaku di bahagian ‘supply side’

Bahasa mudah, inflasi sememangnya berlaku di Malaysia dan global. Tidak adil untuk melihat kepada faktor domestik tanpa mengaitkan dengan impak ekonomi global. 

Ringgit menyusut

Ya, ringgit kita semakin menyusut nilai berbanding US Dollar.

Apabila US berhadapan dengan inflasi terburuk sepanjang 4 dekad ini, Federal Reserve segera menaikkan kadar faedah. 

Situasi tersebut meningkatkan permintaan terhadap US Dollar dan mengukuhkan nilai matawang tersebut (appreciate). 

Matawang lain mengalami penyusutan nilai (depreciation) tidak terkecuali ringgit. Ertinya, yang lain juga terkesan sama, bukan ringgit sahaja. 

Apabila ringgit susut nilai, kesan awalnya adalah terhadap barangan import yang dibawa masuk menjadi mahal. 

Namun, dalam konteks matawang, sama ada ‘appreciate’ atau ‘depreciate’ tidak membawa makna yang signifikan kerana masih ada kelebihan kepada negara.

Ketika ringgit mengalami penyusutan nilai, barangan eksport akan lebih kompetitif. Kita akan lebih banyak mengeksport barangan dan perkhidmatan kerana lebih murah.

Dalam fasa ini juga tarikan pelancongan dari luar boleh ditingkatkan kerana nilai ringgit yang rendah. Namun, untuk rakyat Malaysia melancong ke negara menggunakan US Dollar sedikit terbeban dengan kadar exchange rate.

Bahasa mudahnya, susut nilai ringgit tidak bermakna negara dalam krisis seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. 

Namun, dasar dan strategi Kerajaan perlu proaktif selaras dengan kehendak semasa. Oleh kerana itu juga BNM bertindak balas menaikkan kadar OPR untuk mengawal inflasi dan mengukuhkan nilai ringgit. 

Keutamaan dasar

Soalan ini perlu penelitian disebabkan parti yang kita pilih kelak akan menentukan apa dasar yang akan dibawa untuk tangani isu-isu tadi. 

Ia berbalik kepada pertimbangan fiskal. Maksudnya pendapatan dan perbelanjaan negara kerana ia lebih dekat dengan ‘people’s economy’

Adakah subsidi terhadap bahan api serta keperluan asas akan dikekalkan ekoran situasi inflasi di peringkat global? 

Bagaimana merangka ruang fiskal yang lebih meluas untuk menampung ‘votality’ ekonomi global selain menyediakan mekanisme subsidi yang lebih bersasar?

Apakah langkah menyerap tekanan kos sara hidup selain memastikan kawalan terhadap inflasi dalam negara dilakukan secara efektif?

Bagaimana memastikan barangan eksport lebih kompetitif untuk memastikan ‘net trade balance’ kekal positif?

Ini sebahagian daripada soalan asas yang menentukan hala tuju isu ini. Kalau kita terima sahaja idea-idea tanpa foundation yang kukuh, dibimbangi akan terpengaruh dengan idea populis yang tidak realistik, tidak mendasar serta jauh daripada penyelesaian yang diharapkan.

Pendekatan tempang

Keadaan itu berlaku ketika peralihan Kerajaan 2018 yang lalu. Kerajaan ketika itu menghapuskan GST dengan SST tanpa ada alternatif tambahan bagi mengukuhkan pendapatan negara. 

Fiskal Kerajaan ditekan dengan nilai defisit dan hutang yang semakin membengkak. 

Kenapa ia berlaku? Kerana perbelanjaan yang besar tetapi dengan pendapatan sedia ada berkurangan. Pandemik tidak ada lagi zaman tu.

Akhirnya, keluar tindakan yang lagi ‘populis’ seperti penjualan aset negara dan sebagainya sambil melaungkan ‘negara akan bankrap’. 

Oleh itu buat pertimbangan dengan seadilnya. 

HAFIZ MANSOR
Felo The Research – HARAKAHDAILY 28/10/2022

- Advertisement -