Wanita perlu jadi hebat!

- Advertisement -

PERNAH tak tertanya-tanya kenapa ada kementerian khusus untuk pembangunan wanita tetapi tidak ada kementerian pembangunan lelaki?

- Advertisement -

Saya belum jumpa jawapan yang sebenarnya. Namun hal ini menunjukkan betapa pentingnya golongan wanita buat negara. Tambahan, wanita yang hebat akan mampu membangunkan lelaki yang hebat.

Tidak kira sama ada wanita itu berkerjaya atau tidak, ia tetap memainkan peranan penting dalam membangunkan masyarakat.

Malangnya, sehingga hari ini isu berkenaan wanita sentiasa berlaku dan belum dapat ditangani secara berkesan.

Walhal tidak cukup dengan berperanan dalam institusi keluarga, peratus guna tenaga wanita di negara ini juga telah melebihi 55 peratus.

Kedudukan wanita bekerja di negara ini pula melebihi 36 peratus di sektor awam. Malah bilangannya pada kedudukan tertinggi meningkat termasuklah di JUSA.

Justeru, bagi memastikan golongan ini dapat berperanan sebaiknya, hak dan keperluan mereka perlu diberikan dengan sebaiknya juga.

Kerajaan yang bercita-cita untuk membina kesejahteraan dalam negara, perlu memastikan kebajikan golongan wanita terjaga baik dari sudut pendidikan, kesihatan, keselamatan mahupun kestabilan ekonomi.

Semua ini diambil berat oleh Perikatan Nasional. Keseimbangan dalam usaha memperkasakan peranan wanita akan disentuh secara menyeluruh.

Saya yakin dengan sokongan daripada pihak kerajaan, kaum wanita dengan sifat fitrah penyayangnya tidak akan lokek untuk memberi sepenuh hati kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Demi kesejahteraan wanita, keluarga, masyarakat, undilah Perikatan Nasional.

Bersama Perikatan Nasional, kita membina wanita hebat demi sebuah Malaysia yang sejahtera.

DR. SITI MASTURA MUHAMMAD
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia – HARAKAHDAILY 25/10/2022

- Advertisement -