PAS rakam takziah atas pemergian bonda Wan Azizah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seluruh ahli keluarga atas pemergian bondanya, pagi tadi.

- Advertisement -

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini

“Mewakili PAS, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian bonda yang dikasihi, Almarhumah Datin Mariah Khamis awal pagi tadi.

“Marilah kita mendoakan agar Almarhumah diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Aameen,” ujarnya.

Almarhumah yang berusia 88 tahun meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Ampang Utama, pada jam 2.45 pagi tadi.

Jenazah Almarhumah disolatkan di Masjid Al-Mustaqim Ampang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana. – HARAKAHDAILY 24/10/2022

- Advertisement -