Sempat tunggang motosikal sejauh 100 meter selepas ditembak

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 35 tahun susulan kes tembak mencederakan anggota polis bantuan di Jalan Aur Duri Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, di sini malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun dalam kenyataan berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak polis menerima laporan kejadian jam 11.30 tengah malam tadi daripada Hospital Pasir Mas (HPM) yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat ditembak.

Berdasarkan laporan, mangsa sempat menelefon rakannya bagi memaklumkan bahawa dia ditembak dan berada di sebuah Kedai Nasi Lemak di sini, untuk meminta bantuan.

Menurutnya mangsa dihantar ke HPM menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II bagi mendapat rawatan lanjut.

Jelasnya mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan dan kini keadaan mangsa masih ditidurkan.

Muhamad Zaki berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, mangsa, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang juga Pemuda Umno Ketereh ditembak oleh individu tidak dikenali pada dada ketika menunggang motosikal.

Mangsa dilaporkan masih menunggang motosikal sejauh 100 meter selepas ditembak, menuju ke sebuah kedai makan berdekatan untuk meminta bantuan. – HARAKAHDAILY 23/10/2022

- Advertisement -