PRU15: PAS dipersetujui bertanding lebih 60 kerusi

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

MARANG: PAS telah dipersetujui untuk bertanding lebih daripada 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Presidennya, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun perkara itu masih lagi dalam perbincangan.

“Sehingga kini telah dipersetujui, insya-Allah PAS sudah dapat bertanding lebih daripada 60 kerusi, masih lagi dalam perbincangan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Markas Besar P.037 Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, malam tadi. Turut berucap ialah Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ariffin Deraman.

Beliau turut memaklumkan Yang Dipertua PAS kawasan, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak hadir pada majlis itu kerana ditugaskan menganggotai rombongan perundingan kerusi di Kuala Lumpur dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional.

“Saya sentiasa berhubung siang dan malam dengan mereka,” katanya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menjelaskan mengenai proses pemilihan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.

“Bagi PAS, nama-nama yang dicadangkan oleh cawangan, kawasan, nama-nama dibawa ke Majlis Syura Ulamak, dipanggil pesuruhjaya negeri-negeri, hadir sama, disebut satu-satu nama ni, bagaimana perangainya, sembahyangnya, akhlaknya, ada kes ke tidak,” jelasnya.

Menurutnya, ada dalam kalangan nama yang disenaraikan itu belum tentu diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

“Belum tentu lagi diluluskan siapa jadi calon. Satu kawasan (cadang) tiga, empat orang, ada yang Majlis Syura Ulamak dapat maklumat tak boleh bertanding, tak layak jadi calon PAS,” katanya lagi.

Beliau berkata, setiap calon PAS yang bertanding pada pilihan raya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. – HARAKAHDAILY 23/10/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!