Keselamatan negara, tiada kompromi

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan memandang serius pendedahan berkait ancaman keselamatan negara terutama melibatkan risikan luar. 

- Advertisement -

Malaysia adalah negara berdaulat yang berhak bebas daripada anasir ancaman luar, terutama melibatkan keselamatan warganegara.

Berikutan tular risikan Israel yang dikenali sebagai Mossad, saya percaya pihak keselamatan negara telah mempunyai maklumat lengkap berkaitan isu ini. 

Semestinya ia perkara sulit dan tidak sayugia didedahkan kerana melibatkan keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.

Untuk itu semua pihak diharapkan agar memberikan kepercayaan kepada pihak keselamatan negara untuk meneruskan siasatan dan bertindak mengikut prosedur yang ada berdasarkan lunas undang-undang negara. 

Kecekapan pasukan keselamatan negara sama ada PDRM atau ATM pastinya telah terbukti kepantasan dan kehebatannya. 

Namun sebagai rakyat yang perlukan jaminan keselamatan, saya tegaskan juga soal campur tangan pihak asing sama sekali tidak boleh dikompromi.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
23 Rabiul Awal 1444 / 20 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 20/10/2022