
Susunan: NORHANA MAT ZIN
WASHINGTON: Yayasan Bill & Melinda Gates telah menyumbangkan dana sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.6 bilion) untuk menyokong usaha menamatkan semua bentuk penyaki polio di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bill & Melinda Gates, Mark Suzman berkata, polio adalah penyakit yang sangat berjangkit yang merebak terutamanya melalui pencemaran oleh najis, yang telah membunuh dan melumpuhkan beribu-ribu kanak-kanak setiap tahun, lapor Reuters.
Menurutnya, walaupun tiada penawar yang diketahui sehingga kini, tiga suntikan vaksin mampu memberikan hampir 100 peratus imuniti.
“Walaupun tiada penawar penyakit itu setakat ini, tiga suntikan vaksin mampu memberikan hampir 100 peratus imuniti,” ujarnya.
Tambah Suzman, kerajaan dan yayasan itu berhasrat untuk menamatkan polio khususnya di Pakistan dan Afghanistan, yang merupakan dua negara terakhir lokasi di mana virus itu terus tersebar.
“Langkah terakhir untuk membasmi adalah yang paling sukar. Tetapi asas kami tetap berdedikasi untuk masa depan bebas polio dan kami optimis bahawa kami akan melihatnya tidak lama lagi,’jelasnya.
Pada bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) berkata bahawa Brazil, Republik Dominican, Haiti dan Peru mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk penularan semula wabak polio.
Namun demikian, New York telah mempercepatkan usaha untuk memberi vaksin kepada penduduk selepas virus itu dikesan dalam sampel air sisa. Kes oenyakit itu juga turut dikesan di London dan Jerusalem, Israel.
Pada bulan Mac lalu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata bahawa dunia berada pada saat berbahaya dalam memerangi penyakit seperti polio, selepas berlaku penularan wabak polio di Malawi.
Sehubungan itu, pengumuman itu dibuat menjelang detik ikrar penting yang akan dihoskan bersama oleh Jerman dan Global Polio Eradiction Initiative (GPEI) pada hari ini (18 Okt).
Yayasan Gates adalah sebahagian daripada GPEI, projek utama antara kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Yayasan Bill & Melinda Gates dikendalikan oleh pengasas bersama Microsoft Corp, Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda French Gates itu sebelum ini telah menyumbang hampir M23 bilion GPEI.
GPEI juga sedang berusaha untuk mengukuhkan sistem pengawasan dan imunisasi di wilayah Afrika dan Mediterranean Timur.
Pengawasan terhadap polio akan dikekalkan melalui GPEI dan aktiviti pemberian vaksinasi turut diteruskan untuk memastikan kanak-kanak kekal dilindungi selagi terdapat polio di mana-mana sahaja.
Usaha GPEI itu sejajar dengan matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mahu memastikan polio telah benar-benar tamat, dan imuniti terhadap virus berkenaan bertambah baik dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 18/10/2022