Pandai ke parti lebai urus ekonomi negeri?

- Advertisement -

SELALU kita dengar kan, orang duk cakap geng parti lebai (baca: PAS) ni pandai bab agama je, tapi tak reti urus ekonomi. Ya ke macam itu? Haa, jom kita tengok apa yang data dan statistik bagi tahu untuk situasi di Terengganu. Takkan nak main sembur je kan, mesti kena ada fakta. 

- Advertisement -

1. Terengganu dapat Top 3 dalam KDNK 2021.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ini ukuran yang biasa digunakan untuk ukur prestasi semasa ekonomi sesebuah negeri. Untuk tahun 2021, KDNK Terengganu 3.6 peratus, ketiga tertinggi antara kesemua negeri. Lebih dari paras nasional lagi. 

Ini adalah nilai tertinggi sepanjang 4 tahun pemerintahan pak lebai di negeri kepok lekor ni. 2018 (2.5 peratus) dan 2019 (3.3 peratus). Bahkan, kenaikan pertumbuhan ekonomi ni sangat signifikan selepas negeri ni alami kemelesetan sehingga -5.7 peratus tahun 2020 akibat pandemik dan PKP. Alhamdulillah. Pandai tak pak lebai urus ekonomi?

2. Kadar Pengangguran turun ke 4.0 peratus pada tahun 2021.

Selain pendapatan negeri yang meningkat dari tahun ke tahun, kadar pengangguran kat Terengganu pun turun bhai. Maknanya makin ramai orang Ganu dah dapat kerja. Hek eleh, turun sikit pun nak bising. Yalah, di kala negeri-negeri lain kadar pengangguran mereka meningkat, kita menurun satu pencapaian yang baik. Meh tengok kadar pengangguran negeri lain? 

Pahang
2020- 3.1 peratus
2021- 3.3 peratus

Johor
2020- 3.5 peratus
2021- 3.8 peratus

Perak
2020- 4.8 peratus
2021- 5.3 peratus

Negeri Sembilan
2020- 3.8 peratus
2021- 4.2 peratus

Negeri yang tak pak lebai pula meningkat kadar pengangguran, berbanding negeri pak lebai yang tak pandai jaga ekonomi. Hmmm

3. Hutang Kerajaan Negeri hampir dilunaskan sepenuhnya.

Biasa orang cakap, negeri berhutang untuk buat pembangunan. Tapi kalau dah berlambak dan tak bayar-bayar, potensi nak jadi bangkrap macam Sri Lanka pun ada tau

Masa awal pemerintahan dulu (2018), Kerajaan Negeri kena tanggung hutang tinggalan kerajaan lama sebanyak RM733.13 juta. Meh nok kabo, daripada jumlah itu, 64 peratus berjaya dilangsaikan oleh Kerajaan loni dalam masa 3 tahun. Hutang hok tinggal setakat tahun ni RM267.09 juta jah. Haa, guano gamok

4. Jumlah Pelaburan dan Peluang Pekerjaan meningkat mendadak.

Pelaburan yang masuk ke dalam negeri antara bukti kepercayaan pihak luar dan kompetensi kerajaan sedia ada dalam menguruskan hal ehwal berkaitan pelaburan. 

Dalam tempoh 4 tahun PAS tadbir Terengganu (2018-2022) pula, jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negeri ni adalah sebanyak RM12.48 bilion!

Peluang pekerjaan yang dicipta melalui pelaburan ini adalah sebanyak 7,569 pekerjaan dengan purata pelaburan setiap tahun adalah sebanyak RM3 bilion. Alhamdulillah. Sikit ke banyak itu?

Melalui fakta-fakta ini, nilailah dengan seadilnya mampu ke tak geng pak lebai ni tadbir ekonomi negeri. Sekian.

ASYRAF SALLEH – HARAKAHDAILY 18/10/2022

- Advertisement -