Normalisasi LGBT era Kerajaan Pakatan Harapan

- Advertisement -

BERPULUH tahun golongan liberal berusaha menormalisasikan LGBT di Malaysia dan setiap kali itu jugalah ia mendapat tentangan hebat dari masyarakat kita.

- Advertisement -

Namun malang buat negara ini, selepas PH mendapat kuasa pada 2018, aktivis-aktivis LGBT dilayan begitu lunak oleh pemimpin PH yang mendukung agenda ini tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat dan agama Persekutuan negara Malaysia.

Bayangkan, sejurus selepas memenangi PRU-14, penganjur Big Gay Iftar pada 2017 dan Pengerusi Pelangi Campaign for Equality, Nu’man Afifi dilantik sebagai Pegawai Khas di Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh Syed Saddiq ketika itu. Gila!

Mujur berita pelantikan mantan Setiausaha DAPSY Subang itu tersebar di media sosial dan mendapat tentangan hebat daripada rakyat sehingga akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas KBS beberapa hari selepas dilantik.

Tidak dilupakan, tindakan Pakatan Harapan menerima Maria Chin Abdullah sebagai calon PRU14.

PH sendiri sudah maklum bahawa Maria Chin merupakan individu yang bergiat aktif dalam NGO hak asasi manusia yang menyokong tegar gejala songsang LGBT!

Tidak berhenti di situ, mereka juga dengan licik berusaha menormalisasikan budaya terkutuk ini dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia.

Yang paling mendukacitakan, apabila Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) telah melakukan pertemuan dengan aktivis sosial yang juga transgender, Nisha Ayub kononnya bagi membela nasib golongan LGBT!

Individu yang diharapkan untuk menjaga hal ehwal agama pun tanpa segan mengiktiraf LGBT! Kerja gila.

“Menerusi pertemuan hari ini, banyak isu yang saya fahami dan ia patut dibela selaras dengan prinsip Rahmatan Lil’alamin yang menjadi teras kepada pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.” – Mujahid

Slogan ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ menjadi lesen akan kelunakan kepada golongan LGBT!

Justeru tidak hairanlah pada zaman PH, golongan LGBT ini begitu berani menuntut hak mereka dan menyuarakan perjuangan mereka secara terbuka. Mereka yakin Kerajaan Pakatan Harapan akan membela!

Siri-siri normalisasi dari golongan liberal ini telah meninggalkan kesan gelap kepada masyarakat. Budaya songsang ini menjalar tanpa kawalan bahkan berani dilaungkan secara terbuka.

JAKIM mendedahkan anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun 2018, berbanding 173,000 lima tahun sebelumnya.

Gila dan maha dahsyat bukan? Kemuncaknya dapat dilihat apabila golongan LGBT ini dengan berani melakukan perarakan kumpulan penyokong LGBT di Kuala Lumpur!

Perhimpunan disertai sekitar 1,000 orang termasuk NGO Sisters In Islam (SIS) itu bertujuan untuk menuntut supaya golongan LGBT diberikan sama rata seperti rakyat Malaysia lain, menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Budaya yang dulunya dipandang kotor dan hina kini diangkat setinggi-tingginya atas nama perjuangan hak asasi manusia. Begitu halus naratif normalisasi LGBT yang dilakukan PH.

Cukuplah kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan PH ini. Umat Islam perlu bersatu menunjukkan penentangan terhadap mereka yang memperjuangkan LGBT! Kali ini, kita tolak PH dengan sekeras-kerasnya!

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH 
ADUN Penaga – HARAKAHDAILY 17/10/2022

- Advertisement -