Banjir: Pemuda PAS umpama talian 999

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Jentera Dewan Pemuda PAS Kedah diarah berada dalam keadaan siap siaga untuk memberi bantuan sekiranya berlaku bencana atau ribut di negeri itu.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata, keadaan cuaca tidak menentu di mana hujan berlarutan sejak kebelakangan ini kemungkinan akan berlaku banjir terutama di kawasan rendah.

- Advertisement -

“Semalam berlaku banjir di Langkawi, jadi saya mengharapkan agar semua peringkat jentera Pemuda PAS Kedah bersiap siaga untuk turun memberi bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hujan lebat yang melanda Pulau Lagenda Langkawi semalam mengakibat beberapa kawasan dilanda banjir termasuk tempat-tempat pelancongan.

Menurutnya juga jentera Pemuda PAS seumpama talian 999 yang boleh dihubungi orang ramai dan mereka bersedia memberi khidmat sukarela.

Kata beliau seluruh jentera khususnya anggota Jabatan Amal diminta memantau keadaan cuaca terutama di kawasan berisiko supaya bantuan dapat dihulur segera.

“Pastikan kita dapat memberikan khidmat yang terbaik di samping berdoa kepada Allah SWT semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/10/22

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -