PBT Kelantan terap elemen Islam sejak 3 dekad

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan agensi yang memainkan peranan penting bagi pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) selama tiga dekad di Kelantan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, dasar MBI menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam konteks perbandaran.

Katanya dasar itu diperkenalkan kerajaan negeri yang mula mentadbir Kelantan pada 21 Oktober 1990.

“Selama tiga dekad PBT di negeri ini Berjaya menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam konteks perbandaran,” katanya ketika merasmikan Seminar Pemantapan Kefahaman Dasar MBI membabitkan pengurusan tertinggi PBT di Kelantan, semalam.

Program berkenaan dianjurkan bersama Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Bahagian Kerajaan Tempatan (KT) SUK Kelantan.

Seramai 250 peserta hadir pada program berkenaan yang terdiri daripada Yang Dipertua dan setiausaha serta pegawai kanan PBT.

Antara peraturan Islamik dilaksana PBT di Kelantan iaitu larangan billboard memamparkan gambar wanita tidak menutup aurat, kakitangan premis perniagaan beragama Islam wanita menutup aurat dan bukan Islam berpakaian sopan.

Menurut Dr Izani juga Jawatankuasa induk UMI (Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan) diwujud di peringkat PBT sejak lebih 30 tahun lalu untuk melaksanakan audit kakitangan supaya selaras falsafah UMI. – HARAKAHDAILY 13/10/2022