Hukuman lebih tegas untuk jenayah cemarkan alam sekitar

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH satu lagi kejayaan buat rakyat Malaysia. KASA diketuai Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjaya membentangkan RUU pindaan bagi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dengan jayanya pada 5 Oktober yang lepas.

Pindaan ini menyaksikan beberapa penambahbaikan kepada langkah-langkah mencegah kegiatan mencemarkan alam sekitar antaranya seperti berikut:

i. Kadar denda minimum tidak kurang daripada RM5,000.

ii. Denda maksimum tidak melebihi RM10 juta bagi kesalahan melibatkan pencemaran air, pencemaran buangan minyak serta buangan di perairan Malaysia dan pelupusan haram buangan terjadual. 

iii. Penjara mandatori tidak melebihi tempoh 5 tahun kesalahan melibatkan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air dan ketidakpatuhan keperluan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).

iv. Peningkatan kadar kompaun daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum kesalahan berkaitan.

KASA membawa mesej jelas bahawa KASA tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan dan jenayah pencemaran alam sekitar. Komitmen ini dibuktikan dengan kejayaan pindaan RUU 127 ini serta tahap kewaspadaan KASA menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam meneliti dan mendengar aduan rakyat dalam isu-isu berkaitan pencemaran alam sekitar.

Islam amat mementingkan hubungan yang baik dengan alam sekitar. Bahkan alam sekitar ini juga merupakan salah satu amanah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al A’raf:

- Advertisement -

{ وَلَا تُفۡسِدُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفࣰا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ }

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”

Insya-Allah ini antara manifestasi jelas dan keazaman politik yang kuat daripada Menteri Alam Sekitar dan Air dalam perihal pemeliharaan alam sekitar.

PROJEK ANAK MUDA ISLAM – PAMI – HARAKAHDAILY 12/10/2022

- Advertisement -