500 anak muda sertai PAS di Sabah

- Advertisement -

Oleh NURSAM MOHAMMAD

PUTATAN:
Anak-anak muda semakin muak dengan gaya politik yang berlaku sekarang sehingga mereka terpaksa mencari parti yang mampu membina jati diri.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Hendri Hamsah berkata, mereka mencari parti politik yang boleh membangunkan kekuatan anak muda dalam semua aspek terutamanya pembentukan rohani.

“Sebab itulah kehadiran Pemuda PAS diterima dengan terbuka kerana kami membawa mesej yang jelas tentang politik dan dakwah.

“Keperluan anak-anak muda sekarang inginkan ilmu berkaitan politik dan serius membangunkan negara dan negeri,” katanya pada majlis penyerahan borang menyertai PAS di sini semalam.

Pada majlis itu Dewan Pemuda PAS Sabah menyerahkan borang permohonan keahlian PAS sebanyak 500 borang kepada Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Azhar Helmi.

Kesemua pemohon keahlian PAS tersebut melibatkan anak-anak muda dari seluruh Sabah.

Program Pentas Anak Muda itu menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda diadakan di Plaza Tanjung Aru.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Sahar Abdul Majid, Ketua Pemuda Umno Putatan Mohd Reduan Aklee, Ketua Armada Kota Kinabalu Mohd Fakruz Zaman Arsit dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Isaac Wong Kah Kiah.

Hendri juga berkata, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa PAS dilihat sesuai dengan citarasa anak muda. – HARAKAHDAILY 11/10/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!