‘Kalau musuh setuju mesti ada yang tak kena’?

- Advertisement -

INGAT tak dulu-dulu ungkapan popular PH. Kalau musuh setuju, mesti yang tak kena. Hari ini, ungkapan itu, kita pakai semula.

Anwar buat-buat setuju dengan PAS dan BERSATU, bantah PRU pada musim banjir. Konon dia juga prihatin pada rakyat.

Padahal, setuju dia dengan PAS dan BERSATU itu, hanya untuk kenakan Umno. Umno pula fikir, bila nampak PH tak setuju, jadi dia rasa eloklah dibuat masa banjir. 

Konon Umno fikir, dia di jalan yang betul, sebab musuh tak setuju. PAS dan BERSATU, tak betul, sebab musuh setuju.

Yang sebenarnya PH pun mahu masa banjir, sebab nanti, kalau buat juga PRU, Umno akan kalah, sebab rakyat marahkan dia. Lepas itu, undi PN dengan Umno pecah dua macam PRU14 lepas,. Jadi, PH yang menang.

Beza kalau Anwar cakap setuju dengan Umno, rakyatpun akan marah dia sekali. Undi solid ke PN. PH ini, nak menang sebab kuat dia, sah tak ada harapan. Jadi dengan dia bodohkan Umno, adalah mudah sikit nak menang, sebab Umno memang kurang cerdik.

PN dah nasihatkan Umno, jangan buat PRU masa banjir, tapi degil, tak nak ikut. Padahal kalau Umno kalah nanti, Zahid senang-senang saja boleh masuk PKR, parti cikgu dia. 

Dia peduli apa, janji tak masuk penjara. Eh, PH kan menjunjung kedaulatan undang-undang, tak macam Umno. ElehAnwar sendiripun keluar penjara sebab diampunkan, bukan sebab tak bersalah.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 7/10/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -