Bajet 2023 sedia dana RM372.3 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 memperuntukkan dana sejumlah RM372.3 bilion bagi tempoh sepanjang tahun 2023.

- Advertisement -

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam pembentangan Bajet 2023, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, peruntukan tersebut menampilkan jumlah peningkatan yang ketara berbanding peruntukan dana Bajet 2022 sebanyak RM332 bilion dan Bajet 2021 (RM322 bilion).

“Dicadangkan bajet ini menyediakan sebanyak RM272.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Selebihnya, RM5 bilion disediakan di bawah Kumpulan Wang Covid-19, manakala RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka,” katanya.

Daripada jumlah keseluruhan dana Bajet 2023 itu, RM55.6 bilion diperuntukkan buat Kementerian Pendidikan, peruntukan yang terbesar di Bajet 2023 berbanding tahun ini, RM52.6 bilion. – HARAKAHDAILY 7/10/2022

- Advertisement -