Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KOTA BHARU: Sepanjang bulan Oktober ini Sidang Assabiqun Kelantan mengadakan program kefahaman ilmu perancangan harta pusaka menurut perspektif Islam di 10 kawasan Parlimen.
Ahli Jawatankuasa Assabiqun Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, sehingga sekarang PAS Jeli melaksanakan taklimat tersebut pada 2 Oktober lepas.
Katanya, Assabiqun Kelantan menetapkan tarikh program itu diadakan di peringkat kawasan sempena program jelajah tersebut.
“Majlis jelajah tersebut hari ini kita adakan di kawasan Kota Bharu dan Sabtu (esok) di Gua Musang,” katanya di sini.
Manakala Rantau Panjang (14 Oktober), Pasir Puteh (15 Oktober), Bachok (18 Oktober), Kuala Krai (22 Oktober), Pengkalan Chepa (23 Oktober), Tanah Merah (24 Oktober) dan Kubang Kerian (28 Oktober).
Jelajah tersebut akan berakhir di Ketereh pada 29 Oktober. Jelajah diteruskan pada November bermula di Pasir Mas pada 4 November, Tumpat 5 November dan Machang 12 November.
Drs Zainudin juga berkata, pendedahan kerajaan sebelum ini harta pusaka mencecah RM70 bilion merupakan masalah yang besar yang perlu diselesaikan.
Oleh itu beliau berharap urusan berkaitan harta pusaka wajar dipermudahkan dengan mengurangkan karenah prosedur perundangan serta urusan hak milik.
“Isu ini menyebabkan harta pusaka tidak berkembang dan sekarang hampir RM70 bilion harta pusaka tidak dapat dikembangkan, sedangkan ia mampu menjana ekonomi kepada rakyat.
“Masalah tersebut meliputi pusaka tanah yang tidak selesai isu hak milik. Jadi kita berharap kerajaan mempermudahkan hak milik pengurusan harta pusaka,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/10/2022
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!