Tegas kepada kafir, berlemah-lembut sesama umat

- Advertisement -

KETEGASAN Nabi Muhammad S.A.W adalah pada pegangan ajaran Islam yang diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada Baginda. 

Apa sahaja usaha kaum Musyrikin di dalam melemahkan dan merencatkan kerja-kerja dakwah Baginda diatasi dengan berani dan cukup tegas:

- Advertisement -

مُّحَمَّدٞ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَهُمۡۖ..

“Nabi Muhammad S.A.W ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)..” 

(al-Fath: 29)

Begitu juga Sirah Nabawiyah ada mengisahkan bahawa Nabi S.A.W ketika membacakan khutbah sehingga merah padam wajah Baginda yang mulia dalam menyampaikan perintah daripada Allah. Namun di dalam ketegasan, adanya kelembutan. 

Indah sekali satu Hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي، وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara mengenai keburukannya).”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Bahkan kelembutan Rasulullah S.A.W menjadikan Baginda disenangi ahli keluarga, para Sahabat, segala makhluk ciptaan Allah sehingga menjadi rahmat sekalian alam:

 وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ 

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(al-Anbiyâ’: 107)

Inilah akhlak Nabi. Akhlak Nabi adalah Al-Quran. Tersentuh bila membicarakan mengenai akhlak kekasih Allah S.W.T. Hakikatnya kita tidak mampu mencontohinya dengan sempurna tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha bersungguh-sungguh meletakkan sikap dan akhlak di tempat yang betul.

Wallahua’lam

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 6/10/2022

- Advertisement -