Sukarelawan Misi Pakistan Flood Aid 2022 tiba di Islamabad

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

ISLAMABAD:
Tujuh sukarelawan Misi Pakistan Flood Aid 2022 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad di sini jam 4.45 petang waktu tempatan (7.45 malam Malaysia).

Misi anjuran Pusat Bantuan dan Kemanusiaam PAS (PASRelief) meneruskan lagi misi kemanusiaan kali ini ke Pakistan ekoran negara itu berdepan dengan kemusnahn teruk akibat banjir yang telah menengelamkan satu pertiga wilayah negara itu baru-baru ini.

- Advertisement -

Kumpulan tujuh sukarwlawan PASRelief itu diketuai oleh Pengarahnya, Yusni Mat Piah tiba di Pakistan bagi menyalurkan bantuan untuk disampaikan kepada mangsa terlibat melalui satu kerjasama yang telah diadakan Bersama badan bukan kerajaan (NGO) Alkhidmat Foundation.

Menurut Yusni, sebagai manusia yang bersaudara, PASRelief terpanggil untuk sama-sama membantu mereka yang kini berada dalam kemudaratan yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Katanya, fokus misi kali ini adalah untuk menyampaikan bantuan dalam pelbagai bentuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan mereka.

“Inssa-Allah, misi bantuan kita ke Pakistan kali ini adalah untuk membantu mereka yang kini berdepan dengan bencana banjir teruk.

“Bahkan, mereka kini turut berdepan dengan ancaman penyakit berjangkit yang amat membimbangkan.

“Justeru, kita mengharapkan misi bantuan ini dapat disampaikan dan dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka, apapun dana dari pelbagai pihak dan masyarakat juga amat-amat diperlukan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

PASRelief dijadualkan berada di negara ini kira-kira lima hari bagi misi bantuan banjir Pakistan.

Demikian itu juga, bantuan dana masih diperlukan untuk disalurkan kepada masyarakat di Pakistan bagi menyediakan pelabagai bantuan asas pasca bencana itu.

Orang ramai diseru agar terus menyumbang dan menghulurkan bantuan prihatin melalui nombor akaun PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) https://infaqpay.my/plus/tabung-bencana-banjir-pakistan-paserelief untuk sama-sama membantu saudara yang terkesan. – HARAKAHDAILY 6/10/2022

- Advertisement -