PM tiba di Istana Negara

Wartawan berkumpul di hadapan pintu pagar Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 6 Okt 2022. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pergerakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Istana Negara, hari ini sekitar 2.05 petang tadi.

Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam tiba masuk di Pintu 1, Istana pada 3.48 petang ini dilihat melambai ke arah media yang telah berada di sekitar kawasan itu sejak jam 8 pagi ini.

Sementara itu, tinjauan Harakah di sini mendapati, hampir 50 pengamal media sudah ‘berkampung’ di pekarangan Istana Negara.

Ia susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 4 petang ini.

Difahamkan, pertemuan petang ini adalah bagi menyembah maklum keputusan mesyuarat Kabinet serta mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen. 

Berita lanjut menyusul

- Advertisement -