GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) menjunjung kasih titah YDPA yang menitahkan agar kerajaan memberi fokus kepada sistem amaran awal bencana dan banjir serta menyelaras bantuan bencana kepada rakyat sebaiknya.
Titah tersebut telah disampaikan kepada Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri KASA selepas taklimat kementerian berkenaan berkaitan banjir.
Keprihatinan Tuanku agar kerajaan memberi fokus kepada keselamatan dan keperluan rakyat sangatlah dihargai dan disokong sepenuhnya.
Sewajarnya tiada lagi pihak yang cuba membuat desakan agar Parlimen perlu dibubarkan dan pilihan raya perlu disegerakan buat masa ini.
Sebaiknya PRU wajar diadakan apabila rakyat dan kerajaan berada dalam keadaan tenang dan aman serta bersedia untuk memilih pemimpin.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
6 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 6/10/2022
Junjung titah Agong, prihatin kepada rakyat
Antara hadapi bencana banjir dan adakan pilihan raya
- Advertisement -