Bubar Parlimen masih spekulasi

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ura-ura mengenai pembubaran Parlimen masih menjadi sebuah spekulasi, justeru ahli-ahli Dewan Rakyat diminta menjalankan tugas sehingga waktunya tiba.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor setelah diminta menjelaskan mengenai status Rang Undang-Undang (RUU) yang dibahaskan jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebelum itu meminta penjelasan sama ada RUU yang dibahaskan akan menjadi sia-sia jika Parlimen dibubarkan seperti ura-ura pada malam ini atau esok.

“Kalau dalam minggu ini kita sudah bahas beberapa pindaan dan juga RUU, sekiranya Parlimen bubar malam ini atau esok, jadi adakah semua perbahasan kita ini sia-sia sahaja?

“Dalam kerajaan baharu dan Parlimen baharu, adakah RUU ini akan dikemukakan dan bahas semula?” katanya merujuk kepada RUU Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 yang dibahaskan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, RSN Rayer (DAP-Jelutong) pula mempersoalkan jika tindakan membubarkan Parlimen disebabkan tuntutan beberapa Ahli Parlimen adalah adil kepada wakil rakyat lain.

Menjawab persoalan itu, kata Ramli isu pembubaran Parlimen masih menjadi spekulasi sehingga perkara itu berlaku.

“Mengenai pembubaran ini, sebagaimana Yang di-Pertuan Dewan Rakyat (Tan Sri Azhar Azizan Harun) katakan, ia masih spekulasi. Kita akan teruskan sidang seperti biasa sehingga ‘the moments comes’ (perkara itu berlaku),” katanya. – HARAKAHDAILY 6/10/2022

- Advertisement -