Video aib: Penganjur Hari Sayyidatina Aishah lapor polis

Foto daripada Facebook Zuraida Md Noor.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Penganjur Hari Sayyidatina Aishah (HSA) membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang menyebarkan video aib aktiviti private wanita di media sosial meskipun dilarang berbuat demikian ketika dan selepas program HSA.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, klip video ‘catwalk’ bagi acara peragaan fesyen yang ditularkan itu turut berbaur fitnah dan provokasi sehingga menimbulkan pelbagai kecaman terhadap kerajaan negeri dan pihak peragawan.

- Advertisement -

Tegasnya, beliau mewakili penganjur utama menuntut permohonan maaf daripada indivdu serta kumpulan tidak bertanggungjawab terbabit.

“Kami menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada individu di ‘Facebook’ bernama Mizan Mohd serta pengendali ‘page’ PPUB (Pergerakan Pemuda Umno Bahagian) Kuala Terengganu kerana menceroboh privasi wanita dan membuat sebaran berbaur fitnah,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Zuraida berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Program (aktiviti peragaan) itu saya telah buat hebahan secara umum bahawa ia adalah bagi wanita sahaja, semua lelaki tidak dibenarkan berada dalam dewan bahkan tiada rakaman dibenarkan, namun penyebaran tersebut hakikatnya menceroboh privasi kaum wanita negeri ini.

“Sekiranya individu terlibat tampil membuat permohonan maaf, pihak kami boleh pertimbangkan untuk tidak memanjangkan isu ini,” tambahnya.

Rakaman video peragawati ketika rehearsal bagi acara Program ‘Santai Seni Orang Puang’ berdurasi 20 saat tular dengan sentimen memburukkan kerajaan negeri dan penganjuran HSA. – TRDI.my

- Advertisement -