Rakyat tidak gerun buang sampah merata-rata

Shaharizukirnain Abd Kadir
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Segelintir rakyat masih membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya kerana tidak gerun terhadap hukuman yang diwartakan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, berkata bahkan ada yang sanggup mengotori hutan dengan membuang sampah pepejal.

- Advertisement -

Namun, katanya antara cabaran utama dalam usaha kerajaan memastikan alam sekitar bersih dan berkualiti adalah kekangan di pihak kerajaan sendiri.

Katanya, kekangan itu adalah kerana kekuranga fasiliti yang memudahkan rakyat untuk membuang sampah di tempat sepatutnya.

“Sebagai contoh, kekurangan tong sampah yang mencukupi dan kapasiti penduduk dalam sesuatu kawasan menyebabkan rakyat akan membuang sampah di merata-rata tempat yang tidak sepatutnya.

“Begitu juga dengan ketiadaan tong roro menyebabkan sampah sarap dalam bentuk pepejal dan bersaiz besar tidak dapat dibuang dan dilupuskan secara sempurna,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022, di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, Shaharizukirnain mencadangkan kerajaan melaksanakan insiatif yang lebih proaktif untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai hukuman yang telah diwartakan.

Pada masa sama, katanya penguatkuasaan tersebut perlu dijustifikasikan mengenai tindakan mengenakan hukuman terhadap individu yang melakukan kesalahan itu. – HARAKAHDAILY 5/10/2022

- Advertisement -