“Aku zionis tegar, penyokong kuat Israel” – PM Britain

Liz Truss dengan bongkak dan bangga mengakui dirinya seorang zionis dan penyokong tegar Israel. (FOTO: Telegraph.co.uk)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

- Advertisement -

LONDON: Perdana Menteri Britain yang baru beberapa bulan dilantik, Liz Truss dengan bongkak dan secara terbuka mengakui bahawa dirinya seorang zionis tegar dan penyokong kuat Israel.

Muncul dalam sebuah video yang dikongsi berkali-kali di platform media sosial, Truss dirakam sedang berucap pada acara Rakan Konservatif Israel (CFI) semasa persidangan musim gugur partinya yang diadakan di Birmingham, lapor Anadolu Agency.

“Seperti yang anda tahu saya seorang Zionis yang tegar, dan saya adalah penyokong kuat Israel. Saya tahu bahawa hubungan United Kingdom-Israel boleh dikukuhkan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Middle East Monitor pula melaporkan Truss dengan bangga menegaskan beliau sangat berbesar hati hadir buat kali pertama pada acara CFI sebagai perdana menteri Britain.

Sementara The Scotman dalam laporannya menyebut bahawa Truss dengan bangganya berkata bahawa hanya ada satu ibu negara di UK iaitu London dan Baitulmaqdis pula satu-satunya ibu kota Israel.

“Selama dua ribu tahun yang lalu, Baitulmaqdis sentiasa merupakan pusat kerohanian kami. Kita tidak boleh mengabaikan kebenaran bersejarah,” katanya.

Pemimpin parti politik Tory itu juga memuji keputusan Amerika Syarikat yang bercadang untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sebagai suatu langkah ‘menggalakkan keamanan’.

Beliau turut menyentuh tentang konflik antara Israel dan Iran dengan berkata: “Percayalah, UK tidak akan sekali-kali membenarkan Iran menguasai teknologi senjata nuklear.

“Di dunia ini – di mana kita menghadapi ancaman daripada rejim autoritarian yang tidak percaya kepada kebebasan dan demokrasi, dua negara demokrasi bebas – UK dan Israel perlu berganding bahu dan kita akan menjadi lebih rapat dan kuat bersama-sama pada masa hadapan.”

Terdahulu, semasa kempennya untuk kepimpinan Parti Konservatif British, Middle East Eye melaporkan Truss memberitahu CFI bahawa, jika dipilih, beliau akan mempertimbangkan untuk memindahkan kedutaan British dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 

Pada mesyuarat seterusnya di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,  Truss mengulangi janji semakan semula mengenai apa yang dijanjikan beliau itu kepada ‘kawan baiknya’ Yair Lapid, Perdana Menteri sementara Israel. – HARAKAHDAILY 5/10/2022

- Advertisement -