Vape sebagai kaedah ‘harm reduction’?

- Advertisement -

MENARIK juga kisah New Zealand dan Australia yang menggunakan vape sebagai kaedah Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction). Apabila dibaca secara mendalam, persatuan profesional perubatan menentang penggunaan vape sebagai kaedah harm reduction.

Antara persatuan besar profesional yang membuat kenyataan yang hampir sama adalah Thoracic Society of Australia & New Zealand dan European Respiratory Society.

Malah kenyataan mereka masih lagi meletakkan vape itu:

1. Tidak sepenuhnya disahkan sebagai harm reduction.
2. Bukti saintifik terkini masih tidak menyokong dan data tidak mencukupi di seluruh dunia. 
3. Mereka telah menilai pelbagai pelaksanaan kawalan tembakau di 97 buah negara di dunia, regulasi vape pelbagai dan tidak seragam.
4. Menggunakan vape sebagai harm reduction di UK dan New Zealand lebih kepada terpaksa (desperate) akibat desakan industri, ahli politik dan penagih tegar nikotin di negara-negara berkenaan.

Sebagaimana ditegaskan sebelum ini, sesuatu akta akan dapat diubah hasil desakan dan penolakan dari beberapa pihak berkepentingan. Jika kuat di sebelah menyokong maka pindaan akan terlaksana. Jika sebaliknya, pindaan tidak terlaksana. Namun di akhirnya nanti Ahli Parlimen yang akan mengundi untuk menentukan sesuatu pindaan itu termeterai atau tidak.

Kami memerlukan Ahli Parlimen yang tidak mudah dipengaruhi oleh pihak penghisap tegar atau industri atau mana-mana organisasi yang berhaluan kiri. Kami mahukan rakyat Malaysia serta generasi akan datang bebas dari asap rokok dan vape.

Berfikirlah dengan matang demi masa depan anak cucu kita. Jangan sedikit sokongan kita itu akan menjadi buah mulut generasi bahawa kitalah pembawa bahana.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 4/10/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -