Teruja sering dibantu, penduduk daftar ahli PAS

- Advertisement -

Oleh RAIDAH HANISA RUSLAN

PUTATAN:
PAS Putatan memperluaskan lagi agenda kebajikan kepada penduduk pelbagai kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Sebanyak 50 keluarga di Kampung Meruntum menerima sumbangan keperluan harian pada program Semarak Hijau yang diadakan kelmarin.

- Advertisement -

Ketua Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan PAS Putatan Noorsheela Shamsudin berkata, rata-rata penduduk kampung yang ditemui menyambut baik kehadiran pimpinan PAS.

Katanya, sebahagian mereka antara yang pernah menerima sumbangan disampaikan PAS Putatan sebelum ini.

“Ada antara mereka yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada PAS yang diyakini mampu membela kebajikan dan kebajikan rakyat,” katanya di sini.

Pada program itu turut diadakan program Ziarah Al-Malak, Ziarah Khairat, Ziarah Kebajikan, semakan daftar pemilih dan daftar pengundi.

Selain itu edaran sumbangan beras kepada penduduk miskin, OKU, terlantar sakit, warga emas, armalah dan anak yatim.

Noorsheela juga berkata, ada penduduk tempatan mengambil kesempatan mendaftar sebagai ahli PAS sempena program terbabit. – HARAKAHDAILY 4/10/2022

- Advertisement -