Manchester United belum cukup bagus

Christian Eriksen (tengah) dikekang dua pemain Manchester City ketika Manchester United tewas 6-3 Ahad lalu.
- Advertisement -

Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen, mengakui bahawa kekalahan 6-3 kepada Manchester City Ahad lalu, tidak dapat diterima kerana kealpaan mereka membenarkan pasukan Pep Guardiola bermain mengikut kekuatan mereka.

United menghadapi perlawanan musuh setempat di Stadium Etihad, berbekalkan empat kemenangan liga berturut-turut, termasuk kemenangan terhadap Arsenal dan Liverpool. Namun, dua hatrik masing-masing daripada Erling Haaland dan Phil Foden memberikan City kemenangan yang memedihkan.

- Advertisement -

Penyerang United, Antony membuat rembatan lencongan menakjubkan ke gawang City pada awal separuh masa kedua, sebelum pemain gantian Anthony Martial, menambah dua gol sagu hati lewat untuk mengurangkan perbezaan gol.

“Semua orang merasakan ia adalah hari yang sangat buruk. Kami bermula dengan langkah yang salah. Mereka mempunyai peluang sejak minit pertama. Kami hanya boleh menyalahkan diri sendiri.

“Kami terlepas sedikit keberanian untuk bermain dari belakang dan membiarkan mereka menggunakan kekuatan mereka. Fokus utama permainan ini sepatutnya adalah diri kami sendiri,” kata Eriksen.

Bekas pemain Tottenham Hostpur itu berkata, terdapat banyak perkara yang perlu diubah dan banyak perkara yang perlu dilakukan dengan lebih baik.

United bertandang ke Omonia Nicosia dalam Liga Europa pertengahan minggu ini sebelum menentang Everton dalam Liga Perdana pada Ahad.

- Advertisement -