Korea Utara tembak peluru berpandu di ruang udara Jepun

Presiden Korea Utara, Kim Jong Un ketika membuat ucapan di Pyongyang. Korea Utara pada 8 Sept 2022. (FOTO: CNN)
- Advertisement -

SEOUL: Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak pertengahan merentasi ruang udara Jepun, menandakan peningkatan ujian senjata yang direka negara itu untuk menyerang sasaran utama negara-negara sekutu Amerika Syarikat termasuk Korea Selatan.

- Advertisement -

Ia merupakan ujian peluru berpandu paling penting oleh Korea Utara sejak Januari lepas, apabila Pyongyang menembak peluru berpandu jarak pertengahan Hwasong-12 yang mampu sampai hingga ke wilayah Guam di AS.

Ia juga merupakan kali pertama peluru berpandu Korea Utara terbang menghala ke Jepun sejak tahun 2017.

Pejabat perdana menteri Jepun berkata pada Selasa (4 Okt) sekurang-kurangnya satu peluru berpandu yang ditembakkan dari Korea Utara terbang merentasi Jepun dan dipercayai telah mendarat ke Lautan Pasifik, lapor CNN.

Pihak berkuasa Jepun  sehubungan  itu mengeluarkan ‘J-alert’ kepada penduduk di wilayah timur laut negara itu untuk berpindah ke bangunan berdekatan, amaran pertama seumpama itu sejak 2017. 

Perkhidmatan kereta api digantung sementara di wilayah Hokkaido dan Aomori Jepun sebelum operasi disambung semula selepas notis kerajaan bahawa  peluru berpandu  Koreda Utara itu kelihatan telah mendarat ke Pasifik.

Perdana Menteri Jepun,  Fumio Kishida memberitahu media bahawa “pelancaran peluru berpandu itu, yang menyusuli siri pelancaran baru-baru ini oleh Korea Utara, adalah tindakan melulu.

“Saya beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara itu dan akan mengadakan  pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membincangkan situasi itu,” tegasnya.

Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno dalam taklimatnya pula berkata bahawa tembakan peluru berpandu balistik Korea Utara berlaku pada 2310 GMT ke arah timur dan terbang di atas Jepun.

“Peluru berpandu itu jatuh di perairan di luar zon ekonomi eksklusif Jepun,” ujar Matsuno sambil menyatakan bahawa negara itu akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), AS, Korea Selatan dan masyarakat antarabangsa dalam membincangkan tentang insiden terbaharu itu.

“Tidak ada laporan mengenai sebarang kerosakan yang akibat pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/10/2022

- Advertisement -