PASTI berkembang pesat di Sabah

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN:
Sehingga sekarang hampir 32 tahun Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bertapak di bumi Sabah yang bermula pada tahun 1989.

Lebih membanggakan kini terdapat lebih 100 PASTI di Sabah yang berperanan mendidik anak-anak di peringkat prapersekolahan.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sahar Abdul Majid berkata, PASTI semakin diterima masyarakat di Sabah bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat pendidikan Islam di usia empat hingga enam tahun.

Malah katanya guru-guru PASTI turut berperanan mendidik masyarakat melalui program kemasyarakatan yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

“Guru PASTI juga menjadi penggerak menyampaikan agenda dakwah terutama kepada ibu bapa dan masyarakat tempatan melalui pelbagai program yang diadakan.

“Tidak dapat dinafikan lagi guru PASTI boleh diumpamakan sebagai cahaya dan obor dalam perjuangan Islam,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru PASTI Zon Sandakan bertempat di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Muslimat Negeri Norsah Bongsu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri Mustamam Mustain, Ketua Pemuda PAS Kinabatangan Azeez Baitun Makmum.

Selain itu Ketua Pemuda Libaran Kamsah Osman, Ketua Pemuda Sandakan, Ramlan Pandi, Ketua Muslimat Libaran Suhaida Ghazali dan Ketua Muslimat Sandakan Ummu Syifa’ Tasman.

Turut diraikan pada program tersebut Ketua Majlis Guru PASTI Zon Sandakan Rosdiana Jamali serta semua guru PASTI zon berkenaan. – HARAKAHDAILY 3/10/2022

- Advertisement -